Demi pembangunan dan kemajuan bola sepak Negara terus bersaing diperingkat tertinggi dimasa hadapan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk bola sepak negara yang bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju bola sepak Malaysia terus mengorak langkah dalam memyusun strategi dan penyelarasan sistem dalam membentuk corak permainan bola sepak Malaysia.
Dengan pelancaran DNA Bolasepak Malaysia yang dilakukan Presiden FAM Dato’ Hamidin Hj. Mohd Amin tempoh hari telah bermula satu langkah baru dalam merubah corak pemikiran pemegang taruh untuk melahirkan ramai jurulatih-jurulatih dan pemain-pemain berkualiti tinggi. Ini bukan satu tugas yang mudah kepada FAM untuk memastikan apa yang diiginkan dalam DNA Bolasepak Malaysia ini dapat dilaksanakan kerana kekangan itu pasti ada.
Pada pandangan penulis itu bukan satu halangan kepada FAM sekiranya Jabatan Teknikal FAM terus proaktif menjalankan aktiviti-aktiviti untuk meyampaikan maklumat dan kesedaran dengan konsisten kepada pemegang taruh diakar umbi terutama kepada guru-guru dan ibu bapa yang cintakan bola sepak selain jurulatih-jurulatih diperingkat akar umbi. Begitu juga dengan ahli-ahli gabungan FAM perlu membantu FAM memainkan peranan dalam mengerakan sistem yang diwujudkan oleh FAM ini.
Syabas dan tahniah kepada Presiden FAM Dato’ Hamidin yang banyak membawa perubahan dalam mencorak pemikiran bekerja dan proaktif dalam mencorak hala tuju bola sepak Malaysia demi membangunkan dan memajukan industri bola sepak Malaysia sebagaimana yang dituntut dalam DNA Bolasepak Malaysia. Kerjasama daripada semua agensi kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia amat ditagih kerana masyarakat Malaysia mengharapkan supaya tidak banyak kekangan akan berlaku. Kepada semua pencinta bola sepak Malaysia sudah tiba masanya buka minda dan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam mebangunkan dan memanjukan bola sepak Malaysia.