Setahun menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin sudah melaksanakan pelbagai perancangan dan program dengan jayanya.
Komitmen yang ditunjukan oleh beliau ketika ini dilihat demi kemajuan bola sepak Malaysia dan ia amat dihargai serta disanjungi.
Seperti yang semua ketahui, Hamidin merupakan presiden FAM ketujuh dan juga insan biasa pertama yang memegang jawatan itu, di mana sebelum ini, posisi itu digalas oleh anak-anak bangsawan yang cintakan bola sepak.
Dengan status dan latar belakang sebagai insan biasa itu sebenarnya bukan satu tugas yang mudah kepada beliau apabila dipertanggungjawabkan untuk memajukan bola sepak Malaysia.
Sokongan daripada ahli jawatankuasa eksekutif, ahli-ahli gabungan dan kerajaan terutamanya amat penting kepada Hamidin untuk terus melaksanakan perancangan yang telah disusun demi kemajuan bola sepak Malaysia.
Mencari dana daripada penaja adalah tanggujawab utama kepada Hamidin kepada FAM untuk memastikan sesebuah pengurusan organisasi itu berjalan lancar dan dapat melaksanakan visi dan misi yang dirancang.
Bukan satu tugas yang mudah kepada beliau untuk menjalankan tanggugjawab ini sekiranya tidak mendapat sokongan daripada semua pihak terutama kakitangan FAM sendiri.
Kepada Hamidin, jangan jadikan beban itu satu masalah, sebaliknya ubah kepada pemangkin untuk terus berjaya dan bekerjalah sebagai satu pasukan yang penuh keharmonian serta tegas dalam membuat keputusan.
Bagi penulis sebagai seorang bekas pemain bola sepak negara percaya dengan pengalaman Hamidin yang bermula daripada bawah dan sudah biasa dengan asam garam bola sepak Malaysia, beliau mampu untuk menjalankan tanggungjawab dan menjulang bola sepak Malaysia.