Kejutan demi kejutan yang berlaku dalam arena bola sepak eropah minggu ini apabila pasukan yang disangkakan sudah tidak mampu layak ke perlawanan akhir Piala Juara-juara Eropah akhirnya berjaya bangkit mencipta kemenangan.
Setelah Liverpool menundukkan Barcelona semalam, hari ini Tottenham Hotspurs pula melakar sejarah apabila layak ke perlawanan akhir Piala Juara-juara Eropah bersama Liverpool apabila menundukan Ajax Amsterdam di Arena Johan Cruff.
Walaupun Spurs dikejutkan dengan dua jaringan awal Ajax pada separuh masa pertama ia tidak mematahkan semangat anak-anak buah Mauricio Phochettino itu untuk bangkit dan terus menekan lawan terutama pada separuh masa kedua.
Setelah memasukan Fernando Llorentte ia merubah terus corak permainan Spurs dimana perubahan strategi oleh Phochettino telah memberi tekanan kepada benteng pertahanan Ajax yang dikemudi oleh Matthijs de Ligt dan akhirnya membawa hasil.
Lucas Moura menjadi wira kepada Spurs dimana beliau berjaya melakukan “hattrick” seterusnya memberi kemenangan penuh emosi kepada seluruh pasukan Spurs dan peminat-peminat Spurs. Inilah kejayaan yang luar biasa dilakarkan oleh pemain-pemain Spurs dimana mereka membuktikan sekiranya fokus,yakin dengan kemampuan diri,bermain secara positif dan bermain dengan semangat berpasukan pasti akan memperolehi kejayaan selain dibantu dengan nasib.
Usaha demi usaha yang dilakukan oleh pemain-pemain Spurs melalui strategi yang dirancang oleh jurulatih Spurs, Pochettino telah memerangkap dan menengelamkan falsafah bola sepak yang diamalkan Ajax mengikut kualiti yang ada pada pemain-pemain mereka. Ini pengajaran yang berguna yang dapat penulis lihat dimana falsafah bola sepak sesebuah pasukan itu tidak mampu membawa kemenangan sekiranya tidak boleh merubah strategi permainan mengikut keadaan semasa. Ini kelebihan yang ada pada Pochettino apabila bijak menghidu kelemahan lawan dan seterusnya merubah strategi dan falsafah bermain untuk mencipta kemenangan.