RENCANA
Euro 2016 tempat menimba ilmu
Demam Euro 2016 akan kembali menyelubungi masyarakat Malaysia yang sudah bermula dengan perlawanan pembukaan akan didahului dengan pasukan tuan rumah Perancis.
Sudah tentu dengan kehadiran Euro ini akan meningkatkan pengaruh pencinta bola sepak dalam meminati bola sepak terutamanya.
Dengan kehadiran kejohanan Euro ini juga akan memberi kelebihan kepada pemain-pemain bola sepak tempatan,jurulatih dan pencinta-pencinta bola sepak Negara untuk mencari ilmu-ilmu baharu.
Pelbagai taktikal dan strategi yang akan digunakan oleh jurulatih-jurulatih pasukan yang terlibat dalam Euro 2016 dan yang lebih penting bagaimana sikap dan karektor pemain-pemain bertaraf dunia semasa beraksi diatas dan luar padang.
Inilah masanya pemain-pemain tempatan mengambil peluang untuk membuat kajian dan menganalisi bagaimana pemain-pemain bertaraf dunia ini mampu mengekalkan prestasi dan konsentrasi ketika berada diatas padang terutamanya.
Iklan
Gunalah kelebihan dan keyakinan yang ada pada diri sendiri untuk mengunakan akal bagi mencari ilmu. Bagi pemain-pemain muda Kebangsaan terutamanya pemain-pemain kendalian Bernhardt perlu sentiasa peka dengan ilmu-ilmu bola sepak terkini kerana dengan ilmu itu pastikan membantu mereka untuk meningkatkan prestasi mereka sendiri.
Bukan mudah untuk kita mencapai sesuatu kejayaan tanpa dibantu dengan ilmu kerana dengan ilmu yang ada itu mereka boleh mengunakan kebijaksanaan akal bagi menyusun dan merancang bagaimana untuk menjulang pasukan Negara suatu hari nanti. Jangan anggap ini sesuatu bebanan dan hiburan semata-semata sebaliknya gunakanlah Euro 2016 sebagai tempat mencari ilmu.
Must-Watch Video