Chelsea mungkin masih terbuai-buai dengan gelaran juara liga. The Blues adalah yang terbaik dalam meraih laba tapi juga antara yang terburuk dalam kategori berbeza.
Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah kejohanan domestik paling lumayan di dunia bagi musim 2016/17 – tidak hairanlah pasukan-pasukannya meraih laba besar daripada hak siaran televisyen berdasarkan kedudukan masing-masing pada penghujung musim.
Sejumlah £5.136 bilion (RM28.56 bilion) daripada perjanjian hak televisyen yang ditandatangani oleh EPL musim lalu adalah yang terbesar dibandingkan dengan di mana-mana negara.
Dan ia menjamin hampir setiap kelab dalam saingan peringkat tertinggi itu masing-masing meraih lebih £100 juta (RM556 juta) dalam musim yang baru berakhir.
Setiap kelab meraih bahagian masing-masing sebanyak £84.4 juta (RM469.26 juta) daripada perjanjian hak televisyen selama tiga tahun itu dan meningkatkan dengan banyak perolehan setiap pasukan musim ini.
Juara EPL musim 2016/17, Chelsea, adalah pemenang terbesar – termasuk daripada segi kewangan – apabila mereka tampil juara di bawah kendalian Antonio Conte.
Kelab itu meraih sejumlah £153.2 juta (RM851.79 juta) musim ini dan meraih tambahan £38.4 juta (RM213.5 juta) di atas kejayaan menjuarai liga.
Mengikuti rapat ialah naib juara liga, Tottenham Hotspur, dengan £148.5 (RM825.66 juta), Manchester City £149.4 (RM830.66 juta) dan Liverpool £148.4 (RM825.10 juta) -- (sila lihat rajah).

Dalam pada itu, anggota skuad England terus mendapat pemerhatian rapi daripada segi berapa banyak waktu bermain yang diterima pemain-pemain Inggeris dalam EPL musim ini.
Namun, hanya satu daripada kelompok enam pasukan teratas yang tampil dalam kedudukan 10 teratas daripada segi memberi waktu bermain kepada pemain-pemain Inggeris.
Kelab yang unggul dalam kategori itu ialah Bournemouth dengan jumlah 23,919 minit sambil Chelsea sekadar menduduki tangga ke-20 dengan memberikan pemain-pemain Inggeris dalam pasukannya cuma 4,004 minit beraksi.
Berikut waktu bermain buat pemain-pemain Inggeris mengikut pasukan sepanjang 2016/17:
1. Bournemouth 23,919 minit
2. Burnley 19,689 minit
3.Middlesbrough 16,345 minit
4. Crystal Palace 15,706 minit
5. Southampton 15,258 minit
6. Hull City 14,762 minit
7. Everton 14,739 minit
8. Tottenham 13,917 minit
9. Leicester City 12,423 minit
10. Swansea City 12,083 minit.