Skip to main content

Rencana

England-Sepanyol Cemerlang

rashford.jpg
Skuad The Three Lions yang mempamer aksi cemerlang pada Piala Dunia di Rusia dilihat terus menerus memberi kepercayaan kepada tenaga muda bermain dalam membarisi  kesebelasan utama.

England tewas tipis 1- 2 kepada Sepanyol pada perlawanan pertama yang menyaksikan Luke Shaw mengalami kecederaan yang memerlukan rehat yang panjang. Namun anak-anak buah Gareth Southgate bangkit membenam Switzerland 1 – 0 dalam perlawanan kedua.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu penyerang muda, Marcus Rashford terus cemerlang dengan dua gol bersama England dalam dua perlawanan biarpun dilanda kontroversi kad merah bersama pasukan kelab.Gareth Southgate juga mencuba beberapa muka baru antaranya Ben Chilwell untuk menambah variasi pemain dalam skuad kebangsaan England.

Berlainan pula ceritanya bagi Sepanyol. Kehadiran pengendali baru Luis Enrique ternyata mengubah jalan cerita suram mereka kepada lebih berdaya saing. Aksi hambar pada Piala Dunia lalu dijadikan pemangkin semangat untuk mereka menewaskan England dan terbaru membelasah finalis Piala Dunia Croatia dengan keputusan 6- 0.

Menewaskan dua pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia sekaligus membuktikan bahawa Sepanyol sudah mula kembali menemui rentak permainan mereka yang sebenar. Paling mencuri tumpuan sudah tentu Marco Asensio yang meledakkan satu gol selain membantu dalam tiga lagi gol. Ini  sudah cukup menceritakan betapa Luis Enrique turut menaruh kepercayaan kepada tenaga muda bagi membarisi kesebelasan utama La Roja.
 
Dengan kebangkitan pasukan-pasukan dari Eropah seperti England dan Sepanyol, Dayang turut berharap agar pasukan yang sedang merudum iaitu Itali kembali semula selaku pencabar utama dibawah bimbingan Roberto Mancini biarpun tewas kepada Portugal 1- 0 baru baru ini.

Advertisement

Must Watch Video