Skuad The Three Lions menunjukkan keinginan tinggi untuk layak ke pusingan akhir Euro 2020 selepas pengendali England, Gareth Southgate, mengambil langkah berani untuk tidak menyenaraikan Kyle Walker.
Ketika Walker -- yang merupakan salah seorang tonggak England ketika layak ke separuh akhir Piala Dunia tahun lalu -- terus mempamerkan persembahan konsisten bersama Manchester City, Southgate dilihat menggunakan kesempatan aksi kelayakan Euro 2020 untuk menyenaraikan beberapa muka baru.
England bakal menghadapi saingan kelayakan Euro 2020 di Wembley pada 7 September ini, melayan kunjungan Bulgaria, sebelum berdepan cabaran lawan yang dijangka mudah untuk ditundukkan, Kosovo, tiga hari kemudian.
Kesempatan itu digunakan sebaik-baiknya oleh Southgate apabila menyenaraikan empat pemain yang tidak pernah menyarung jersi The Three Lions, iaitu Tyrone Mings, James Maddison, Mason Mount serta bintang baru Manchester United, Aaron Wan-Bissaka.
Southgate dilihat mahu menguji sejauh mana kemampuan Wan-Bissaka apabila diberikan tugas untuk menggantikan Walker di posisi bek kanan tatkala pemain berusia 21 tahun itu akan bersaing dengan tonggak Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

Paling mencuri tumpuan semestinya nama Mings ketika England mengumumkan senarai pemain bagi menghadapi dua aksi penting itu.
Mings dipilih selepas kebolehannya terbukti dalam membantu pasukan yang baru kembali ke Liga Perdana Inggeris, Aston Villa, bagi saingan musim ini, termasuk memastikan benteng tidak ditembusi sewaktu menewaskan Everton 2-0 minggu lalu dan kini, dia berpeluang membuktikan kemampuan di peringkat antarabangsa selepas menggantikan John Stones yang masih dihantui kecederaan.
"Mings pernah mengalami kecederaan serius sewaktu mewakili Bournemouth tetapi saya sangat sukakan kualiti yang dipamerkannya ketika mengetuai barisan pertahanan Aston Villa," kata pengendali itu ketika ditanya wartawan mengenai bek tengah berusia 26 tahun itu.
Dua lagi nama yang menarik minat Southgate adalah perancang Leicester City, James Maddison, serta bintang muda Chelsea, Mason Mount.

Pemilihan Maddison mungkin sudah dijangka selepas produk muda Coventry City itu tenang menggalas tugas berat di bahagian tengah The Foxes sejak musim lalu.
Namun, peminat The Three Lions semestinya tidak sabar untuk menyaksikan bagaimana Mount akan menyesuaikan diri dengan skuad kebangsaan tatkala dia kini melalui musim pertama di pentas tertinggi England selepas dipinjamkan ke Derby County, musim lalu.
Mungkin tidak semua empat nama di atas akan tersenarai dalam kesebelasan utama menjelang aksi di Wembley 7 September ini tetapi apa yang pasti, pemilihan kali ini membuktikan Southgate serius membina pasukan yang berteraskan purata usia bawah 30 tahun bagi mengesahkan slot automatik ke Euro 2020.