Skip to main content

Rencana

Empat biji dia sumbat!

harrykane-cropped_shdrynsgay501f3reuyaaxodl.jpg
Perlawanan bertemu Leicester City semalam menyaksikan Tottenham Hotspurs menang bergaya 1 – 6 dengan empat daripada enam gol disumbangkan oleh penyerang prolifik, Harry Kane.

Secara tindak langsung, empat gol tersebut terus melonjakkan nama Harry Kane ditangga teratas senarai penjaring bagi saingan liga perdana inggeris meninggalkan Romero Lukaku di tangga kedua dengan 24 gol dan Alexis Sanches ketiga dengan 23 gol.

Kejayaan menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan liga perdana inggeris adalah yang pertama kali buat Harry Kane dan Dayang percaya, Kane pastinya sudah mula memikirkan mengenai Anugerah Kasut Emas untuk musim ini.

Dengan hanya berbaki satu lagi perlawanan, Kane mungkin sudah boleh berangan-angan muncul pemenang penjaring terbanyak 2 kali berturut-turut selepas melakukan perkara sama musim lalu dengan 25 gol.

Selain dari itu, Harry Kane juga mencipta sejarah minggu lalu apabila menjadi pemain Spurs terakhir meledakkan gol di White Hart Lane sewaktu bertemu Manchester United kerana selepas ini mereka akan bermain di stadium baru.

Selaku peminat liga perdana inggeris, Dayang merasakan Kane memang patut menjadi pemenang Anugerah Kasut Emas berdasarkan prestasi cemerlang Spurs dalam saingan liga biarpun sekadar menduduki tangga kedua di belakang skuad Chelsea.

 

Advertisement

Must Watch Video