Kejayaan Chelsea merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) disahkan apabila meraih kemenangan 1-0 ke atas West Brom di The Hawthorns, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Conte telah mendahului saingan liga dengan cemerlang -- rentetan 13 kemenangan berturut-turut merupakan antara rekod yang berjaya dihasilkan oleh Chelsea bagi kembali bergelar juara selepas menamatkan saingan di tangga ke-10 musim lepas.
Terdapat banyak liku yang perlu ditempuhi oleh Chelsea menuju kegemilangan dan ternyata empat perlawanan penting mencorakkan kejayaan mereka pada musim ini.
ARSENAL 3-0 CHELSEA (24 Sept 2016)
Persembahan yang mantap dalam separuh masa pertama oleh Arsenal di Stadium Emirates menyaksikan mereka sebagai pencabar utama untuk menjuarai EPL dan meninggalkan perasaan kecewa buat penyokong-penyokong Chelsea.
Alexis Sanchez, Theo Walcott dan Mesut Ozil menjaringkan gol sebelum tamat separuh masa pertama dan menyaksikan pasukan pelawat gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan.
Ia seolah-olah berlawanan dengan sasaran untuk menjuarai liga musim ini tetapi ia telah membuktikan formasi Conte tidak sesuai untuk beraksi dengan empat pertahanan.
Dalam perlawanan seterusnya berdepan Hull City, pengendali kelahiran Itali itu mengubah formasi 3-4-3 yang diterapkannya ketika mengendalikan Juventus, dan hasilnya Chelsea meraih kemenangan dengan keputusan 2-0 dan setiap perlawanan seterusnya sehingga 4 Januari.
CHELSEA 4-0 MANCHESTER UNITED (23 Okt 2016)
Walaupun ia dilihat sebagai persembahan terbaik mereka sepanjang musim ini laman sendiri, keputusan ini merupakan sebagai petanda mereka mampu berada di persada liga.
Jose Mourinho, yang kembali ke Stamford Bridge kurang daripada setahun selepas meninggalkan kelab itu apabila mengharungi musim yang mengecewakan pada 2015-2016, telah dimalukan oleh bekas pasukan kendaliannya daripada permulaan sehingga penghujung perlawanan.
Pedro membuka jaringan selepas 30 saat bermula dan Gary Cahill menjadikan kedudukan 2-0 sebelum tamat separuh masa pertama, sebelum jaringan solo daripada Eden Hazard dan N'Golo Kante melengkapkan kemenangan Chelsea.
CHELSEA 2-1 TOTTENHAM (26 Nov 2016)
Tottenham hadir ke perlawanan ini selepas tersingkir daripada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara tetapi kelihatan bertekad untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam kempen saingan liga.
Skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu mempamerkan aksi yang dominan sejak permulaan perlawanan dan Christian Eriksen membuka jaringan pada minit ke-11, dengan kemenangan pertama di Stamford Bridge sejak Februari 1990 dilihat hampir berjaya dilakukan oleh Spurs.
Tetapi Chelsea bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Pedro sebelum Victor Moses menggandakan jaringan pada awal separuh masa kedua.
Kemenangan itu mengembalikan mereka di persada liga dengan kelebihan tujuh mata ke atas Spurs.
EVERTON 0-3 CHELSEA (30 April 2017)
Bertemu The Toffees merupakan halangan besar yang perlu ditempuhi oleh Chelsea dalam perjalan merangkul kejuaraan tetapi mereka tidak menghadapi sebarang masalah ketika beraksi di Goodison Park.
Kekalahan kepada skuad kendalian Ronald Koeman dan kemenangan Tottenham ke atas Arsenal (2-0) akan merapatkan kedudukan di antara dua pasukan tersebut kepada satu mata dengan berbaki empat perlawanan.
Tiada jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan sebelum Pedro menghasilkan magis dengan jaringan yang menakjubkan sebelum Gary Cahill dan Willian memastikan tiga mata penuh buat Chelsea.
Kekalahan Spurs kepada West Ham minggu lalu telah membuktikan gelaran juara EPL sudahpun menjadi milik Chelsea.
Chelsea akan menjulang trofi EPL dalam perlawanan terakhir musim ini ketika bertemu Sunderland yang sudah tersingkir tetapi memberikan tumpuan bagi aksi final Piala FA bertemu Arsenal.