'Goyang' juga bila membaca laporan media Vietnam bahawa sorakan penyokong The Golden Dragons ketika meraikan gol pembukaan jaringan Nguyen Quang Hai pada aksi separuh akhir kedua menentang Filipina di Stadium Nasional My Dinh mencecah 121.7 desibel iaitu menyamai kekuatan bunyi guruh.
Digelar VFS, jumlah pengikut setia mereka kian bertambah seiring peningkatan prestasi Skuad Bolasepak Kebangsaan Vietnam. Jadi, tidak hairanlah kalau pemain negara berdepan tekanan dari dalam padang berkeluasan 105meter x 65meter, malam ini.
Kapasiti penonton yang ditawarkan Stadium Nasional My Dinh, bagaimanapun, hanya kira-kira separuh daripada Stadium Nasional Bukit Jalil - keseluruhan 40,192 ribu tempat duduk diperuntukkan termasuk 450 tempat duduk VIP dan 160 tempat duduk media.
Sejak dibuka secara rasmi pada tanggal bersejarah - Hari Kebangsaan Vietnam, 2 September 2003, dengan aksi persahabatan Skuad B23 menentang Kelab China, Shanghai Shenhua, dan menjalankan 'tugasan utama' selaku tuan rumah Sukan SEA tahun sama, stadium yang terletak di Hanoi ini turut terbabit dalam kempen Piala Suzuki AFF 2010 yang menyaksikan Malaysia merekod kejuaraan sulung - sekaligus melebur harapan Vietnam untuk mengekalkan kejuaraan yang diraih, dua tahun sebelum itu.
Walaupun Indonesia sering dilabel sebagai musuh ketat Malaysia, pertemuan dengan Vietnam juga punya pelbagai sebab untuk jadi luar biasa menarik. Tatkala kelebihan dua gol di Bukit Jalil jadi bekalan buat Vietnam, kedegilan Harimau Malaya untuk menyerah mudah di Bukit Jalil pasti menjadikan 90 minit di Hanoi berbaloi untuk kira-kira 3,000 penyokong negara yang berkelana ke laman lawan ketika ini.
Ya, suka untuk diingatkan - pertarungan final kali ini bukan hanya tertumpu kepada kemantapan taktikal jurulatih dan para pemain tetapi ketahanan dan kreativiti penyokong pasukan masing-masing. Ekor siapa lebih padu - harimau atau naga - dialah yang dipercayai akan menjadi bonus buat pasukannya untuk menjulang kejuaraan kedua di kejohanan ini.