Skip to main content

Rencana

Ego pemain senior membawa kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

delia-tersingkir-di-terbuka-amerika-syarikat.jpg
Juara kebangsaan dua tahun berturut-turut sememangnya manis buat Delia Arnold dan Nafiizwan Adnan dalam Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2016 di Kompleks Skuasy Kebangsaan, Bukit Jalil yang berakhir semalam.

Impian sejak kecil dan bertekad menjadi juara kebangsaan setelah memerhatikan idola mereka menjulang trofi kebangsaan menjadi pembakar semangat anak kelahiran Kuala Lumpur dan Terengganu itu mencipta kejayaaan berganda.

Delia pemain nombor 15 dunia nyaris kempunan mara ke final apabila dicabar sengit oleh pemain 17 tahun negeri Jelapang Padi, S.Sivasangari, dalam separuh akhir. Bagaimanapun, menang dalam lima perlawanan sebelum mengulangi aksi final wanita premier edisi lalu, bertemu bekas pemain nombor 5 dunia, Low Wee Wern, yang kini berada di carta 27 setelah mengalami kecederaan lutut ACL tahun lepas.

“Saya agak bernasib baik di separuh akhir namun sebagai pemain senior, ego perlu dijaga supaya tidak tewas kepada pemain junior dan secara fizikal saya dapat pulih dengan pantas untuk bermain dalam permainan agresif di final” kata Delia yang mengalahkan Low Wee Wern 11-9, 11-2, 11-9 dalam masa 54 minit.

“Hadiah kemenangan saya akan belanja keluarga untuk makan besar malam ni”, kata Delia yang peroleh RM2,000 dengan senyuman.

Bagi Nafiizwan yang lebih senang dipanggil Wan, perlu bekerja keras selama 77 minit sebelum menumpaskan pemain nombor 2 negara, Ivan Yuen 11-8,( 8-11), 12-10,11-8.

Wan yang kini berpangkalan di Manchester untuk latihan membuktikan musim 2016 cukup cemerlang kerana selain menjadi juara kebangsaan berganda, baru-baru ini dalam Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia di Mesir, Wan mengejutkan Omar Mosaad, pemain tuan rumah yang juga berada di carta 3 dunia ketika itu dalam pusingan kedua kejohanan.

“Saya cukup gembira dengan prestasi tahun ini dan impian saya sejak kecil termakbul buat kali ke 2 dan saya akan terus bekerja keras untuk memperbaiki ranking dunia”, kata Wan dan dengan nada bergurau berjanji untuk memberi kesemua hadiah kemenangan RM4,000 kepada isteri tersayang untuk membeli belah.

Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2016 berakhir dengan positif di mana bakat-bakat muda seperti Ng Eain Yow, Mohd Syafiq Kamal, S.Sivasangari dan Jessica Keng menjanjikan kejayaan cemerlang untuk skuasy Malaysia di peringkat dunia.

Advertisement

Must Watch Video