Aksi final Piala FA musim ini bakal menjadi pertemuan sulung Perak dan Kedah di pentas akhir sejakpertandingan ini dimulakan pada 1990.
Ia juga bakal menyaksikan pertembungan sulung pengendali Perak, Mehmet Durakovic dan jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak di pentas final yang pasti menjanjikan aksi pertembungan menarik.
Pada pengamatan penulis, kedua-dua pengendali ini mempunyai peluang seimbang menjulang Piala FA edisi ke-30 musim ini berlandaskan rekod mereka berdua.
Sedikit kelebihan tampak memihak Durakovic, memandangkan dia sudah berpengalaman meraih dua kejuaraan Piala Malaysia sebelum ini dan kini memburu kejuaraan Piala FA sulungnya sebagai jurulatih.
Justeru bekas pemain dan pengendali Selangor itu tahu bagaimana menghadapi bahang final dalam kancah bola sepak Malaysia berbanding lawannya, Aidil.
Apa pun, Aidil mempunyai rekod cemerlang dalam saingan Piala AFC pada musim 2017 dan 2018 bersama Home United yang menyaksikan kelab Singapura itu muncul naib juara Zon Asean 2017 dan juara Zon Asean musim lalu serta mara ke separuh akhir antara zon.
Sebagai pemain, Aidil tidak sehebat abangnya yang juga bekas pertahanan antarabangsa Singapura, Aidil Iskandar Sahak namun dia kini semakin dihormati sebagai seorang jurulatih berkarisma walaupun baru berusia 42 tahun.
Meskipun mengkagumi Aidil sebagai seorang jurulatih muda berpotensi, penulis berasakan Durakovic mungkin memiliki peluang yang lebih baik menjulang kejuaraan berlandaskan pengalamannya dan juga kekuatan keseluruhan pasukannya.
Namun seadainya Aidil gagal menjulang kejuaraan, penulis berharap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan terus mengekalkan khidmatnya musim depan kerana penulis percaya, dalam sedikit masa dia berupaya membentuk barisan Lang Merah yang lebih ampuh.
Sebelum saingan musim ini bermula, terdapat segelintir pemerhati berasa Kedah mungkin bergelut dalam saingan Liga Super selepas kehilangan beberapa pemain berpengalaman ke pasukan lain serta permata muda, Akhyar Rashid ke Johor Darul Takzim (JDT).
Tetapi Aidil tetap berupaya membentuk barisan yang seimbang meskipun gagal memberi cabaran lebih kuat dalam perebutan kejuaraan Liga Super.
Apa pun penulis optimis, peminat perak dan Kedah bakal disajikan aksi final yang cukup menarik pada 27 Julai ini.