Skip to main content

Rencana

Dunia bola sepak kembali meriah

liverpool.jpg
Hampir 90 hari liga bola sepak seluruh dunia terhenti akibat pandemik Covid-19 yang menular ke serata dunia dengan pantas sekali. 

Dianggarkan sehingga hari ini lebih kurang 5.4 juta penduduk dunia yang dijangkiti COVID-19 setakat ini. Daripada jumlah itu. 262,000 datangnya dari United Kingdom dan 230,000 dari Itali. 

Inilah dua negara yang melibatkan liga bola sepak yang popular dan mendapat perhatian daripada pencinta bola sepak dunia, di mana dua liga utama bola sepak dimainkan iaitu Liga Premier Barclays dan Liga Serie A.

Walaupun liga utama ini sudah terhenti begitu lama, namun peminat-peminat mereka masih menaruh harapan agar kedua-dua liga ini dapat dimainkan semula memandang musim 2019-2020 sudah hampir ke penghujungnya. 





Sudah pastilah penyokong-penyokong pasukan yang sedang berada dipuncak liga seperti Liverpool FC dan Juventus FC mengharapkan agar liga disambung semula dan dapat ditamatkan dengan penuh gemilang dan sungguh bermakna agar penyokong mereka dapat meraikan kemenangan dan kejuaraan. 

Sebagaimana yang semua ketahui, Liga Premier Barclays ketika ini menyaksikan Liverpool FC sedang mendahului carta liga dengan jurang perbezaan mata yang begitu ketara (25 mata) di samping Manchester City FC yang menduduki tempat kedua.

Dengan pengumuman yang dibuat oleh penganjur pertanding liga pada minggu ini sudah pasti akan melegakan ramai pihak terutama peminat-peminat dan penaja liga serta pasukan, dimana Liga Premier Barclays musim 2019-2020 akan disambung  semula pada 17 Jun 2020 tetapi perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan demi keselamatan. 

Hanya berbaki sembilan perlawanan, Liverpool FC hanya memerlukan dua kemenangan sahaja untuk dinobatkan sebagai juara liga musim 2019-2020 setalah tiga puluh tahun tidak memenanginya. Saat-saat ini yang dinanti-nanti oleh peminat-peminat Liverpool FC.

Sementara itu, peminat-peminat Serie A pula akan menarik nafas lega juga apabila penganjur liga mengumumkan bahawa Liga Serie A akan disambung kembali pada 20 Jun 2020. 




Sudah pastilah perebutan di antara Juventus FC dan Lazio FC akan menjadi perhatian setelah Lazio hanya tertinggal satu mata sahaja di belakang Juventus FC sebelum liga dihentikan akibat COVID-19. 

Inilah masa dan saat yang dinantikan oleh seluruh pencinta bola sepak di dunia apabila liga utama di dunia telah diberikan kebenaran untuk menyambung kembali kemeriahannya. 

Kepada peminat-peminat bola sepak dunia, teruslah memberi sokongan kepada pasukan kesayangan anda dan pastikan penjagaan kebersihan dan patuhilah peraturan-peraturan yang ditetapkan supaya kemeriahan itu tidak dihentikan lagi oleh COVID-19.



 

Advertisement

Must Watch Video