Skip to main content

Rencana

#dudukrumahchallenge

dudukrumah.png
Hashtag 'duduk rumah challenge' kini trending di semua platform media sosial.

Apa tidaknya, itulah aktiviti untuk orang ramai mengisi masa terluang ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan susulan kebimbangan penularan wabak COVID-19.

Menyentuh mengenai #dudukrumahchallenge, 'timbang tisu' antara cabaran yang viral. Ia menjadi ikutan ramai terutama pemain bola sepak profesional sama ada tempatan dan juga antarabangsa.

Kebiasaannya cabaran itu dilakukan secara sendirian namun aksi regu yang dilakukan bintang muda Johor Darul Takzim JDT, Safawi Rasid bersama adiknya yang juga pemain JDT II, Alfi Rasid membuatkan cabaran itu nampak menarik.
Aksi itu dimuatnaik di Instagram miliknya dan mendapat lebih 312,000 tontonan. Klip video itu turut disertakan kapsyen 'Never Rest' dengan tanda pagar #coronaout dan juga #siblingchallenge.

Malah, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah turut tidak ketinggalan melakukan cabaran itu selepas memuat naik video menimbang tisu di Instagram miliknya.

Cabaran lain yang turut mencuri tumpuan peminat sukan tanah air adalah aksi membabitkan beberapa pemain hoki negara. Faizal Saari paling kelakar apabila melakukan latihan di celah-celah tanaman pokok.

Manakala, Haziq Samsul menggunakan ruang dan barangan di kedainya sebagai peralatan tambahan untuk melakukan latihan hoki. Walaupun tidak dapat turun ke turf untuk menjalani latihan, ia bukan masalah besar buat Haziq.

Tetapi aktiviti paling 'rare' yang dilakukan oleh atlet negara ialah Zamri Salleh. Pelumba basikal profesional negara itu mengimbangi basikal menaiki tangga rumahnya.

Video berdurasi 31 saat itu menerima lebih 5000 tontonan dan klip video itu disertakan dengan tandapagar #stayhome, #praycovid19, #cyclinglife, #challengetangga, #homechallenge.
 
Apa pun, aktiviti ini juga salah satu cara kepada semua ahli sukan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam selepas terpaksa bekurung dalam rumah.

Advertisement

Must Watch Video