Skip to main content

Rencana

Dua harapan terakhir The Catalan

barcelona.jpg
Barcelona yang telah pun tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah hanya mempunyai dua peluang terakhir ataupun mereka mungkin mengakhiri musim ini tanpa sebarang kejuaraan.

The Catalan masih berpeluang untuk muncul juara La Liga, namun ianya turut bergantung kepada keputusan perlawanan membabitkan Real Madrid.

Dalam saingan Copa Del Ray pula, kelab yang berpangkalan di Catalunia itu akan berdepan cabaran Alaves di pentas final.

Lionel Messi dan rakan-rakan dijangka tidak berdepan masalah mengutip tiga mata bertemu Eibar di laman sendiri, tetapi andai Real Madrid berjaya memungut lebih dari tiga mata dalam dua perlawanan terakhir, peluang mereka untuk muncul pemenang La Liga akan berkubur.

Bagi Copa Del Ray pula,ini kali ke tujuh dalam tempoh sembilan tahun Barcelona melangkah ke pentas final dan di atas kertas memang ianya milik The Catalan berdasarkan prestasi terkini, namun pasukan 'underdog' Alaves pastinya tidak mahu memberikan laluan mudah, apatah lagi ini merupakan kali pertama dalam temph 96 tahun mereka ke final Copa Del Ray.

Dengan masih tiada pengumuman mengenai pengganti Luis Enrique untuk musim hadapan, kegagalan Barcelona untuk merangkul sekurang-kurangnya satu gelaran musim ini hanya akan memburukkan keadaan pasukan.

Khabar angin media-media antarabangsa turut mengatakan beberapa bintang The Catalan telah pun mendapat tawaran untuk berhijrah ke kelab Liga Perdana Inggeris.

Dayang yang pernah ke Catalunia mengharapkan Messi dan rakan-rakan mampu untuk mengakiri musim ini dengan sekurang-kurangnya satu kejuaraan kerana ianya akan kelihatan janggal jika pasukan hebat seperti Barcelona menamatkan musim ini dengan tangan kosong.

 

Advertisement

Must Watch Video