Saingan La Liga sudah memasuki perlawanan keenam dan seperti biasa, kedudukan satu dan dua dalam carta dihuni dua gergasi bola sepak dunia iaitu Barcelona dan Real Madrid.
Namun, dalam perlawanan yang berlangsung pada awal pagi Khamis lalu, kedua-dua pasukan ini tewas mengejut kepada lawan masing-masing.
Barcelona tewas mengejut 2-1 di tangan Leganes di laman lawan. Biarpun mendahului menerusi gol Philippe Coutinho, namun kesilapan benteng pertahanan menghadiahkan tuan rumah dua gol yang sekaligus menyaksikan The Catalan tewas buat kali pertama musim ini dalam liga.
Bagaimanapun, pengendali Barcelona, Ernesto Valverde, mempertahankan aksi pemain-pemainnya walaupun hakikatnya beliau tidak menurunkan beberapa tonggak utama seperti Luis Suarez dan Jordi Alba.
Perlawanan seterusnya buat Barcelona adalah berdepan Athletic Bilbao dan kemudian mereka akan berdepan pasukan Tottenham Hotspur untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah dan sudah pasti Barcelona mahu mendapatkan kembali momentum kemenangan dengan kadar segera.
Bagi skuad Los Blancos, mereka dikejutkan apabila tumbang 0–3 di tangan Sevilla. Skuad kendalian Julen Lopetegui menerima kekalahan pertama dalam saingan liga musim ini apabila dua gol jaringan Andre Silva dan satu gol sumbangan Wissam Ben Yedder sudah cukup untuk memalukan barisan pertahanan kental Real Madrid seperti Raphael Varane, Sergio Ramos dan Thibaut Courtois.
Sevilla yang sebelum ini membelasah Levante 6-2 ternyata berada dalam prestasi terbaik kerana tidak berhenti melakukan serangan bertali-arus kepada Real Madrid.
Nampaknya skuad Real Madrid perlu bekerja keras ketika sesi latihan kerana selepas ini mereka akan bertemu musuh setempat Atletico Madrid dan untuk Liga Juara Juara Eropah, Los Blancos akan berkunjung ke CSKA Moscow.