Anja Chong, ada yang kenal dengan sosok luar biasa ini, ada yang pernah dengar akan namanya dan pasti ada yang kali pertama didekatkan dengan individu ini.
Tak mengapa, izinkan saya untuk berkongsi sedikit bicara tentang Anja.
Kalau Datuk Nicol David Ratu Skuasy Negara maka Anja adalah Ratu Luncur Ais Malaysia.
Gelaran yang terpahat waktu dia memimpin skuad negara dengan memenangi tiga pingat emas ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Tetapi apa yang lebih hebat tentang dia adalah perwatakan dan kekuatan mental persis atlit elit dunia.
Empat bulan sebelum kempen Sukan SEA Filipina 2019 yang membuka tirai pada 30 November lalu, Anja ditimpa kecederaan serius.
Koyak ligamen lutut kanan, Anja berdepan dilema sama ada melupakan hasrat mempertahankan pingat emas atau memastikan dia boleh berjalan tanpa mudarat sepanjang hayatnya.
Kalau anda sudah hadam apa yang saya sampaikan setakat ini, maka anda mungkin sudah tahu apa yang dilakukan Anja.
Dia mengambil suntikan untuk memastikan dia boleh berlatih untuk ke Manila dan hasilnya dia membawa pulang satu pingat emas dan satu gangsa daripada Filipina 2019.
Pengorbanan Anja bagaimanapun kekal sepi sehinggalah dia kembali menjadi perhatian nasional susulan penyenaraian dalam senarai Forbes Asia baru-baru ini.
Menerusi perbualan berdurasi 16 minit antara saya dan Anja, pengrobanan dia untuk mewakili Malaysia adalah sesuatu yang akan diulanginya pada masa akan datang walaupun hilang kudrat.
Sekalipun lahir di Seberang Tambak, berpangkalan di Eropah, dingin Salju Anja Chong, membuktikan dia 100% Malaysia.