Skip to main content

Rencana

Didier Drogba bertanding Presiden FIF

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

didier-drogba.jpg
Didier Drogba satu nama besar dalam arena  bola sepak di dunia pada era melinium yang banyak mencipta sejarah secara peribadi dan berpasukan.

Drogba memulakan kerjayanya sebagai pemain professional di Perancis dan mencipta nama bersama salah satu kelab besar di Liga 1 Perancis iaitu Olympique Marseille sebelum berpindah ke Chelsea dengan satu rekod perpindahan kelab dengan nilai 24 juta euro pada ketika itu dan menyebabkan pengurusan Marseille mengabdikan jersi Drogba di Basiclica, Marseille sebagai pengiktirafan kepada Drogba.

Bersama Chelsea Drogba terus mencipta nama sebagai penyerang prolifik dimana Drogba berjaya mencipta kejayaan yang cemerlang sepanjang kerja bersama Chelsea dengan mencipta beberapa kejuaraan Liga Perdana dan Liga Juara-juara Eropah (Champion League) selain menjadi penjaring terbanyak. Bukan diperingkat kelab sahaja tetapi Drogba juga mencipta nama bersama negara kelahirannya Ivory Coast. Drogba juga banyak mencipta sejarah bersama Ivory Coast terutama dalam membawa negaranya ke Piala Dunia sebanyak 3 kali bermula pada tahun 2006,2010 dan yang terakhir pada 2014.. Nama Drogba juga tercatat sejarah sebagai penjaring terbanyak negaranya dengan 65 gol di catat dengan 105 penampilan.

Dengan rekod cemerlang itulah Drogba mengambil satu lagi langkah selepas persaraan dengan memberanikan diri untuk menceburkan diri dalam pengurusan persatuan pula. Drogba telah mencalonkan dirinya untuk bertanding sebagai Presiden, Perseketuan Bolasepak Ivory Coast (FIF) baru-baru ini sebelum pemilihan dilakukan pada bulan hadapan. Ini telah mendapat sokongan yang luar biasa daripada rakyat Ivory Coast dan ia membuat Drogba rasa tergamam dengan sokongan yang diberikan apatah lagi semasa menghadirkan diri untuk menyerahkan borang pencalonan dimana Drogba disambut dan diiringi ribuan peminat bola sepak Ivory Coast yang lebih dikenali dengan nama timangan The Elephant. 

Bukan satu tugas yang mudah kepada Drogba sebaliknya dia perlu bijak dalam mencaturkan politik dalaman persatuan terutama daripada kelab-kelab yang bernaung dibawah FIF untuk memastikan namanya cukup untuk dicalonkan sebagai Presiden kerana Drogba memerlukan 3 pencalonan namanya dari 14 kelab Liga 1 dan 2 lagi dari liga bawahan. Drogba mengambil tanggugjawab untuk bertanding sebagai Presiden FIF kerana beliau merasakan FIF perlukan perubahan dan ingin memastikan bola sepak Ivory Coast terus maju serta tidak mahu melihat pasukan negaranya terus mengalami detik kejatuhan.

Advertisement

Must Watch Video