Skip to main content

Rencana

Diari Sharon Wee (KL2017) – Shalin Zulkifli, anda luar biasa!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

26817shalin.jpg
Pingat emas ke 20 Sukan SEA buat pemain boling negara, Shalin Zulkifli. 

Setelah merangkul emas dalam acara trio dan berpasukan, atlet yang pertama kali mewakili negara di temasya terbesar Asia Tenggara ini pada 1993 di Singapura mencatat kemenangan ke 3 dalam persaingan yang cukup dramatik di final masters wanita di Sunway Mega Lanes. 

Pencabar dari Indonesia Tannya Roumimper yang juga merupakan pilihan utama terpaksa akur dengan kehebatan Shalin dengan keputusan 246-220, 223-222.

Melompat dan meneriak tanda kegembiraan juga diraikan bersama rakan sepasukan, lebih manis Shalin buat pertama kali menjuarai kategori masters wanita sejak Sukan SEA 1999, Brunei.

Shalin meluangkan masa untuk berkongsi dengan lebih dekat kejayaannya ini. 

1. Apa yang melintang dalam fikiran anda sebelum setiap balingan bagi memastikan pingat emas dalam genggaman? 
Saya ingatkan diri supaya fokus untuk membuat balingan yang terbaik kerana setiap balingan baik akan memberi peluang mencapai pingat emas. Setelah memberi yang terbaik, apa yang mungkin berlaku bukan lagi dalam penguasaan saya. Itu semua kuasa tuhan. 

2. 20 pingat emas Sukan SEA dan satu perjalanan serta pencapaian luar biasa.  Pandangan anda. 
Baru hari itu, saya dan legenda renang, Nurul Huda Abdullah yang masih memegang rekod pemenang pingat emas Sukan SEA terbanyak negara dengan 22 pingat emas bergurau supaya setidak-tidaknya menyamai atau melebihi rekod itu. Nurul memberi insiprasi dan menggalakkan saya mencatat pencapaian lebih baik daripadanya.

3. Bagaimana Shalin melihat perubahan positif anda sebagai atlet pada 1993     berbanding tahun 2017?
Ohh wow!! Banyak perubahan dan kesemuanya maju kehadapan. Saya sendiri melihat perkembangan sebagai seorang individu dan atlet, perubahan persekitaran begitu juga peralatan boling yang semakin canggih. 

Kejayaan pada kali ini, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih, pasukan sains sukan Institut Sukan Negara, rakan sepasukan, keluarga dan penyokong yang banyak membantu.

Dengan kecederaan yang dialami sebelum ini, saya dapat melakar kejayaan pada hari ini kerana sokongan mereka.

Paling penting untuk mengadaptasi perubahan masa.

4. Pandangan tentang prestasi pasukan boling negara?
Pasukan boling beraksi dengan cemerlang sebagai tuan rumah. Kami bekerja keras dan telah membuat persediaan terbaik walaupun mengharungi kecederaan namun kami bersama-sama tempuhinya. 

Inilah kejayaan bersama dengan menghadiahkan 7 pingat emas dalam sukan boling yang mengulangi kejayaan terbaik yang ditempa 16 tahun lalu di Kuala Lumpur. 

5. Apa perancangan seterusnya? 
Rehat bersama keluarga sebentar dan perlu kembali membuat persiapan untuk kejohanan pertengahan September di Sarawak dan selepas itu di Korea Selatan serta tumpuan utama kepada Kejohanan Boling Dunia pada November. 

Shalin Zulkifli terima kasih dan anda atlet luar biasa. 

Advertisement

Must Watch Video