Kita semua tahu bukan mudah untuk mengawal emosi dan mental.
Tanyalah kepada mereka yang membuat resolusi setiap tahun baharu untuk bersenam 3 kali seminggu.
Ada yang menunggu 10 tahun untuk mencapai resolusi itu dan ada yang gagal.
Bukan mudah.
Namun tidak mustahil.
Kekuatan mental dan displin untuk mengawalnya merupakan satu keistimewaan luar biasa yang ada pada atlet elit negara.
Di Sukan SEA edisi ke 29 ini, Malaysia meletakkan harapan kepada pemanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh untuk merangkul emas pertama sukan memanah dalam acara compound individu namun mungkin sedikit tertekan dengan ekspektasi menggunung, Fatin sekadar merangkul pingat gangsa.
Tapi wirawati negara itu, bangkit dan bangkit bersama rakan sepasukan Saritha Cham Nong dan Nurul Syazhera Mohd Asmi pada hari ini dalam saingan cukup genting menentang Vietnam untuk menghadiahkan pingat emas dalam acara compound berpasukan wanita.
Bayangkanlah daripada kekecewaan pada hari semalam kepada mencipta kejayaan sehari selepas itu.
Apa yang bermain diminda dan emosi dapat dikawal Fatin daripada pengalaman bertahun-tahun mengerah keringat di bawah cuaca panas terik dalam latihan dan merasai kekalahan mahupun kecemerlangan.
Tahniah juga kepada pemenang pingat emas ketiga negara melalui acara compound berpasukan lelaki.
Di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil pula, saya melihat sendiri betapa kecewanya perenang berirama negara, Lee Yhing Huey terpaksa berpuas hati dengan kalungan pingat perak di mana 0.3 mata membezakan dia dengan pemenang pingat emas Debbie Soh dari Singapura yang mencatat 75.0000 mata.
30 minit selepas tangisan kekecewaaan, pemenang pingat emas Sukan SEA 2015 bersama Katrina Ann Hadi dalam acara duet kembali positif dan ceria ketika saya mendapatkan reaksinya dalam temubual lintas langsung di Astro Arena.
Katanya, fokus kini untuk tumpukan perhatian kepada final seterusnya iaitu duet rutin teknikal dan duet bebas nanti.
Tambahnya lagi, esok hari yang baharu dan masih ada peluang mencari kilauan emas.
Laungan ini sudah pasti didengari oleh rakan sepasukan Gan Hua Wei yang merangkul pingat emas Malaysia yang ke empat dalam acara solo rutin teknikal.
Luar biasa.