Bintang Barcelona Gerard Deulofeu dilaporkan memberitahu kelabnya dia akan 'angkat kaki' pada Januari ini jika mereka menandatangani bintang Liverpool, Philippe Coutinho.
Barcelona dikatakan bekerja keras untuk mendapatkan pemain Brazil itu apabila jendela perpindahan dibuka pada hari Isnin.
Manakala Liverpool pula bertekad untuk terus memegang aset berharga mereka selepas menolak tawaran Barca pada musim panas lalu walaupun menerima tawaran yang sangat lumayan.
Deulofeu merasakan ketibaan Coutinho mampu membuatkan kariernya terjejas dan merasakan dia kurang mendapat masa bermain dan lebih banyak memanaskan diri di bangku simpanan.
Ditambah pula Ousmane Dembele juga bakal kembali, Deulofeu tahu dia tidak akan mendapat peluang untuk meningkatkan prestasi permainannya dan peluang untuk bersama skuad Piala Dunia Sepanyol juga bakal terjejas.
Bekas pemain sayap Everton kini memberi amaran kepada gergasi Katalan itu sekiranya mereka meneruskan untuk menandatangani pemain berusia 25 tahun itu beliau terpaksa mencari pasukan baru bagi memastikannya terus berada di padang bukan di bangku simpanan.
Bakal menginjak umur 24 tahun Mac depan Deulofeu tidak rela untuk menamatkan kerjayanya terlalu awal.Banyak lagi matlamat yang harus dikecapi. Paling penting adalah untuk bersama-sama pasukan kebangsaan Sepanyol mengharungi pusingan akhir Piala Dunia di Rusia.
Pada hakikatnya Deulofeu juga berat hati untuk menyatakan hasratnya itu. Kerjayanya juga bermula dari pasukan Barcelona B pada tahun 2011 dan diserapkan ke skuad utama selepas itu.
Pasukan Barcelona adalah antara pasukan terhebat di dunia. Pastinya mana-mana pemain tidak mahu melepaskan peluang sekiranya diintai gergasi Katalan itu.
Walaupun hanya baru membuat 9 penampilan setelah berhijrah dari Everton Julai lalu dan mempunyai kontrak sehingga 2019. Deulofeu tidak mahu dirinya diperjudikan dan sedia 'angkat kaki' ke pasukan lain sekiranya permata Liverpool itu mendarat di Nou Camp.