Dilema ini mungkin hanya berlaku sekali dalam tujuh tahun.
Tapi sesekali, biarlah pihak pentadbir Liga Perdana Inggeris (EPL) bersusah-payah sedikit.
Mengambil iktibar daripada ‘dilema’ seumpamanya pada masa lalu, Liverpool akan turut disediakan trofi EPL dan pingat juara sebagai langkah bersedia – sekalipun jika mereka tidak memenanginya.
Menurut laporan akhbar-akhbar British, pihak EPL sudah menyediakan dua trofi serta dua set pingat kejuaraan sebagai kemuncak kepada 10 perlawanan yang akan berlangsung serentak pada hari terakhir musim 2018/19, malam Ahad ini (10 malam).
Pelan persediaan itu diputuskan minggu ini berdasarkan perkiraan kejuaraan akan menjadi milik sama ada juara bertahan, Manchester City, atau pesaing terdekat, Liverpool, bergantung kepada perlawanan terakhir masing-masing – City akan menjadi tetamu Brighton sambil Liverpool menyambut kunjungan Wolves.
Kedua-dua pasukan hanya dibezakan satu mata menjelang perlawanan ke-38 dan terakhir itu.
City akan sah juara sekali lagi jika menang di Stadium Amex.
Sebaliknya, jika skuad bimbingan Pep Guardiola itu keciciran mata sambil Liverpool pula menang di Anfield, maka skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan ditabal juara untuk mengakhiri “kemandulan” sejak 1990.
Dengan kedua-dua venue berjarak 270 batu (434.5 kilometer) – kira-kira jarak Kuala Lumpur ke Kota Bharu sejauh 456km – pentadbir EPL harus mengelakkan penyediaan sebuah helikopter di pertengahan jarak kedua-dua venue itu untuk trofi EPL diterbangkan cepat ke venue sepatutnya selepas perlawanan.

Gol Aguero pada minit ke-93 kemenangan 3-2 ke atas QPR bagi menentukan juara 2011/12
Demi mengelakkan sebarang kesipuan atau kelengahan tidak diingini, EPL memilih pelan yang sama pada 2012 apabila City dan Manchester United bersaing sengit hingga ke wisel penamat untuk berebutkan kejuaraan.
Ketika itu, kedua-dua pasukan musuh setempat itu dibezakan perbezaan jaringan menjelang perlawanan terakhir masing-masing menentang Queen's Park Rangers dan Sunderland.
Pihak EPL pada waktu itu memutuskan untuk menghantar pasukan penyampaian trofi ke kedua-dua Stadium Etihad dan Stadium of Light – dengan setiap satunya dibekalkan trofi EPL dan satu set pingat kejuaraan.
Pada hari yang bertuah atau malang itu, United meninggalkan padang dengan kepercayaan mereka adalah juara dengan mengalahkan The Black Cats 1-0.
Cuma, City menjaringkan dua gol dalam masa pemberhentian dengan sepakan terakhir Sergio Aguero pada minit ke-93 untuk kemenangan dramatik 3-2 ke atas QPR dan ditabalkan juara kesudahannya.
Roberto Mancini dan pasukan juaranya disampaikan trofi dan pingat kejuaraan manakala set kedua di Stadium of Light disimpan semula di dalam kotaknya.
EPL mempunyai dua trofi yang serupa – satu disimpan di ibu pejabatnya di London dan satu lagi di dalam kabinet trofi pasukan juaranya.
Baik City atau Liverpool, salah satu boleh mengatakan, “Tahun depan sentiasa ada.”
Cuma, ia akan menjadi dilema baru apabila tiga atau lebih pasukan bersaing untuk kejuaraan dengan perbezaan mata yang tipis hingga ke hari terakhir musim pada masa depan.