Skip to main content

Rencana

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

irf.jpg
Pengendali Terengganu, Irfan Bakti, membuktikan keupayaannya membimbing pasukan dengan cemerlang musim ini untuk membawa Terengganu ke final Piala Malaysia 2018.

Aura tersendiri yang dimiliki Irfan nyata terus menambat hati Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, PBSNT untuk menyambung kontrak bekas pengendali Felda United itu pada musim 2019.

Ramuan persiapan yang dilakukan Irfan sudah pasti beri bayangan positif untuknya bawa pasukan capai sasaran bergelar juara Piala Malaysia musim ini sepertimana kejayaan yang pernah dilakukan ketika membawa skuad Penyu pada tahun 2011 dengan menjuarai Piala FA, naib juara Piala Malaysia dan Liga Super.

Irfan label dirinya seorang jurulatih yang suka berhijrah dan tidak pernah rasa kekok untuk berada di mana-mana tempat sekalipun kerana baginya, di mana bumi pijak, di situlah langit dijunjung.

Justeru, dia bersyukur apabila dilanjutkan kontrak hingga musim depan bersama Terengganu dalam misi untuk terus bentuk pasukan terbaik pada tahun 2019.

Perancangan untuk merisik beberapa pemain tempatan lain juga sudah ada dalam bayangan tetapi Irfan memilih untuk berahsia terlebih dahulu.

Apa pun, Irfan yang tiba bersama barisan pemain di Kuala Lumpur dari Terengganu pada Khamis tidak ingin berasa terlalu puas dengan kontrak yang disambung itu, selagi belum selesai tugas di aksi final menentang Perak, Sabtu ini.

Fokus misi di final, barulah fikir perancangan seterusnya musim depan. 

Semoga berjaya buat dua pasukan yang akan berentap di final!

Peteh Ganu Peteh vs Kejor Yob Kejor!

Advertisement

Must Watch Video