Kejohanan Terjun Piala Asia di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, bermula 6 September depan peluang keemasan untuk skuad negara menambah jumlah wakil layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ia susulan ketiadaan ramai penerjun handalan terutama dari China.
Tidak dapat dipastikan mengapa China tidak menghantar penerjun terbaik mereka tetapi apa yang penting, ia buka peluang kepada jaguh negara untuk menempah tiket ke temasya itu.
Saya jangka Nur Dhabitah Sabri akan layak dalam acara 3 meter individu papan anjal wanita apabila pencabar terkuat ialah rakan sepelatih, Joey Loh Zhiayi.
Dua lagi pencabar ialah penerjun Indonesia, kedua-duanya tewas di tangan Dhabitah ketika Sukan Asia Indonesia, tahun lalu.
Perlu diingatkan, hanya pemenang pingat emas acara individu akan layak ke Tokyo menerusi Piala Asia ini.
Peluang keemasan juga untuk penerjun lelaki negara, Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei - juga dalam 3 meter individu papan anjal.
Mereka akan menerima cabaran tujuh pencabar lain dengan tentangan sengit daripada penerjun Jepun, Ken Terauchi dan Sho Sakai.
"Saya sudah buat persiapan rapi untuk kejohanan ini. Saya ditimpa kecederaan lutut, beberapa bulan lalu tapi ia bukan penghalang".
"Saya perlu rebut peluang ini untuk layak ke Olimpik buat kali pertama," kata Yiwei.
Saya setuju, inilah peluang terbaik mereka untuk menyertai Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan Wendy Ng Yan Yee yang sudah layak lebih awal.
Selamat berjaya skuad terjun negara.