"Liga Malaysia macam EPL", itu antara tajuk berita yang pernah terpapar di akhbar susulan perubahan format pertandingan Liga Malaysia (Liga M) pada 2016.
Ia menyaksikan saingan liga dipanjangkan sehingga akhir musim, Piala Malaysia berlangsung seiring dengan liga iaitu dalam pusingan kedua tatkala Piala FA dan Piala Malaysia berlangsung sepanjang liga, dua kejohanan dalam satu masa.
Antara objektif perubahan yang cuba dibawa adalah memastikan semua pasukan dapat beraksi sepanjang musim bagi mengelak masalah tunggakan gaji pemain yang pernah membelenggu beberapa pasukan liga tempatan.
Hujah yang dilontarkan, jika semua pasukan beraksi sepenuh musim maka semua pasukan mempunyai komitmen sehingga akhir musim.
Meskipun ia usaha yang baik untuk melindungi kebajikan pemain, masalah sama tetap berlaku apabila ada pasukan yang masih gagal komited terhadap pembayaran gaji pemain dalam tempoh satu musim.
Dan sebenarnya penulis berasakan perkara yang paling terkesan susulan daripada perubahan format itu adalah momentum liga tidak dapat berjalan lancar dan kemeriahan Piala Malaysia terjejas.
Ia menyaksikan berlaku 'pra-musim' tiga kali dalam setahun gara-gara saingan liga diberhentikan sementara bagi memberi laluan kepada beberapa perkara tertentu dan mengenai Piala Malaysia pula, ada pasukan yang enggan bersaing kerana mahu memberi fokus terhadap aksi liga.
Jadi, perkara inilah yang tampak menjadikan Liga M 'back to normal' dengan Piala Malaysia akan kembali diasingkan apabila dilangsungkan di luar pertandingan liga pada musim 2018 selepas dua musim berlangsung seiring dengan perjalanan liga.
Dimaklumkan, Piala Malaysia akan berlangsung dari 3 Ogos hingga 3 November. Manakala, Liga Super dari 3 Februari hingga 28 Julai sementara saingan Liga Perdana membuka tirainya pada 3 Februari hingga 27 Julai depan.
Perubahan ini, bagaimanapun, mendapat reaksi berbeza daripada peminat bola sepak tanah air. Mereka yang tidak bersetuju mencuri perhatian penulis. Antara pandangan dan persoalan mereka, "50 langkah ke belakang", "nak bagi JDT fokus Piala AFC", "kenapa bermain bulan puasa dan World Cup?".
Mungkin, Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) ada jawapannya.
Bagi penulis, langkah ini diambil untuk dua perkara, pertama untuk menjaga momentum liga dan kedua untuk mengembalikan semula kemeriahan Piala Malaysia walaupun ada pasukan dijangka berdepan masalah pada separuh musim nanti.
Justeru, pentadbir Liga M perlu mempunyai perancangan yang rapi terhadap perjalanan liga 2018 agar tiada isu berbangkit sebelum ini berulang kembali. Klausa dalam kontrak pemain juga penting, pastikan ada situasi menang-menang pemain mahu pun majikan.