SATU cebis sejarah bola sepak wanita akan tercatat malam ini.
Bukan sahaja pertemuan di antara Malaysia dan India disiarkan secara langsung oleh Astro Arena, bahkan pasukan pelawat diterajui oleh seorang wanita buat julung kalinya.
“Ya, ini perlawanan rasmi saya sebagai jurulatih pasukan bola sepak wanita India,” kata Maymol Rocky dalam sidang akhbar pra-perlawanan di Wisma FAM, semalam.
Rakan sejawatannya di pasukan tuan rumah, Mohd Asyraaf Fong Abdullah, juga teruja dengan hakikat bahawa aksi anak didiknya akan disiarkan secara langsung.
“Buat kali pertama dalam sejarah sukan tempatan, perlawanan bola sepak wanita disiarkan secara langsung. Terima kasih Astro,” katanya.
Dalam era digital, sama ada siaran langsung di kaca televisyen atau pengstriman atas talian, adalah satu bentuk promosi untuk mana-mana sukan.
Di India, bola sepak wanita terpinggir. Begitu juga dengan bola sepak wanita di Malaysia.
Untuk menjadikannya sukan arus perdana, ia harus membuang persepsi sukan itu tabu untuk wanita. Promosi besar-besaran juga harus dilaksanakan.
Namun berbeza dengan Malaysia yang hanya ada Piala Tun Sharifah Rodziah yang dianjurkan secara karnival selain Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) wanita, India sudah mengorak langkah dengan Liga Wanita India (IWL) Januari lalu yang disertai enam pasukan – Pune City, Aizawl FC, Eastern Sporting Union, Rising Students, Alakhpura dan Jeppiar Institute of Technology FC.
Terdahulu 20 pasukan dari sembilan wilayah mengambil bahagian pada peringkat awal, dengan sembilan pasukan layak ke pusingan pertama pada Oktober 2016. IWL berjalan selama dua minggu dan Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) bercadang mengembangkannya kepada 16 pasukan.
Daripada IWL, Rocky dan rakan-rakannya membuat proses pengenalpastian bakat membabitkan 220 pemain.
Empat wilayah – Goa, Manipur, Odisha dan Haryana – sudahpun menganjurkan liga sepanjang musim yang memudahkan Rocky untuk mencari bakat baharu agar dapat diketengahkan.
Bagi Asyraaf pula, kelompok 25 pemain yang disenaraikan untuk ke Sukan SEA rata-rata pemain yang diwarisi daripada jurulatih terdahulu, Jacob Joseph.
Dua pemain – Angela Kais dan Malini Nordin – adalah dua pemain berusia 30 tahun ke atas, manakala sayap kiri, Dadree Rofinus, penjaga gol, Asma Junaidi, kapten, Masturah Majid, pemain tengah kiri, Shereilynn Elly Pius, sayap kanan, Jaciah Jumilis dan pemain tengah, Haindee Mosroh, adalah tonggak yang menyarung jersi negara ketika menduduki tangga keempat dalam Sukan SEA 2013.
Mujur ada enam pemain di bawah usia 20 tahun – penjaga gol, Nurul Azurin Mazlan, Nor Shahira Suhaime, Nur Athirah Farhanah Zairi, Siti Rohani Saptu, Nor Athirah Mamat dan Marcella Angela Parais – yang harus menjadi lambang masa depan buat bola sepak wanita.
Asyraaf yang pernah mengendalikan skuad Liga Perdana Sabah pada 2009 selepas jurulatih dari Iraq, Wathiq Naji Jasim, mengundur diri, berharap struktur pertandingan lebih perkasa dapat dianjurkan.
“Kita memerlukan kelompok pemain lebih besar demi kelangsungan bola sepak wanita,” katanya.
Apapun, Asyraaf menjanjikan aksi yang mantap daripada anak buahnya di Stadium Selayang malam ini.
Tiga pemain akan digugurkan selepas pertemuan dengan India, manakala Singapura adalah lawan terakhir sebagai pemanas badan pada 9 Ogos sebelum Malaysia bertemu dengan Filipina dalam Sukan SEA ke-29 pada 15 Ogos nanti.