Skip to main content

Rencana

Dasar pemain British dibina Wenger musnah

arsenal-18118.jpg
Pada Disember 2012, lima pemain Britain menandatangani kontrak jangka panjang dengan pasukan Arsenal.

Lima pemain tersebut ialah Jack Wishere, Aaron Ramsey, Alex –Oxlade Chamberlain, Kieran Gibbs dan Carl Jenkinson.

Arsene Wenger melabel pemain-pemain ini, termasuk Theo Walcott sebagai ‘British Core’ yang akan menjadi teras dalam pasukan Arsenal.

Wenger pernah dikritik kerana tidak membangunkan bakat Britain, apatah lagi menurunkannya dalam kesebelasan utama pasukan.

Namun pada 17 Januari 2018, Walcott menjadi pemain ketiga yang berpindah keluar selepas Gibbs & Chamberlain.

Yang tinggal ketika ini hanyalah Ramsey dan Wilshere, manakala Jenkinson di pinjamkan ke Birmingham.

Perpindahan Walcott ke Everton tidak mengejutkan.

Dia gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama sepanjang dua musim terakhir.

Namun, Walcott tetap diangkat sebagai legenda Arsenal oleh peminat sepanjang 12 tahun perkhidmatannya bersama The Gunners.

Sebanyak 397 penampilan , dengan 108 gol merupakan rekod yang baik, jika dikira faktor kecederaan yang sering melanda pemain England ini.

Adakah Wenger berjaya mengeluarkan potensi Walcott sepenuhnya? 

Pertukaran posisi daripada sayap kepada penyerang, sebelum kembali semula ke posisi sayap membuktikan Walcott tidak konsisten.

Wenger pernah melabel bakat Walcott boleh mencapai hampir seperti Thierry Henry, namun dia dilihat gagal menyaingi lagenda Arsenal itu.

Kini, satu demi satu legasi dibina Wenger mula musnah.

Gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara, gagal mengekalkan pemain utama, gagal bersaing dalam liga merupakan petanda Wenger sudah tidak relevan dalam bola sepak moden.

Itu belum lagi masuk kisah ‘menyerang’ pengadil jika kalah perlawanan.

Deretan piala, pembinaan stadium baru dan kisah ‘The Invincible’ kini ditutup dengan bayang-bayang kegagalan yang berterusan.

Undurlah Wenger, usah dibuai dengan kejayaan lalu. 

Advertisement

Must Watch Video