Skip to main content

Rencana

Dari godaan dunia seni ke bidang kewartawanan

screenshot-(1)_1.png
Minat mendalam terhadap bidang seni wujud sejak saya kecil lagi tatkala melihat drama dan filem di kaca televisyen dan juga layar perak.

Bermula dengan satu ujibakat, tidak disangka-sangka rezeki muncul dari sana untuk membawa watak extra.

Dari situ, saya dapat beberapa tawaran melakonkan beberapa watak penting dalam Telemovie Please Subscribe Cintaku tayangan Astro Citra dan pertama kali ditawarkan watak utama dalam Telemovie Hamparan Takdir. 



 
Pengalaman digandingkan kali pertama bersama Wan Maimunah dalam telemovie tersebut jelas merupakan sesuatu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya.

Hari silih berganti, niat di hati ingin terus kekal dalam bidang seni, namun kerana tawaran 'job' yang tidak menentu untuk meneruskan kelangsungan hidup, saya memikirkan cara untuk saya terus kekal berada di saf hadapan kaca televisyen dengan pendapatan bulanan.

Terlintas di benak fikiran, jika bergelar seorang wartawan di kaca TV akan merealisasikan impian tersebut. 

Ditakdirkan Tuhan, setelah tamat praktikal di salah sebuah agensi TV, saya ditawarkan menjadi wartawan sukan di portal.

Benarlah kata pepatah rezeki tidak pernah salah alamat, satu phone call dari wartawan senior Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menawarkan untuk bersama dengan stesen sukan no. 1 di Malaysia.

Kini, saya bersama Astro Arena dan minta doakan semoga urusan saya dipermudahkan dalam melebarkan sayap dalam kerjayaku ini. Aminn!!!!

Advertisement

Must Watch Video