Ketika ini, nama pertahanan muda Ajax Amsterdam Matthijs de Ligt mula dikenali peminat bola sepak seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Ia gara-gara aksi cemerlang de Ligt bersama Ajax di saingan Liga Juara-Juara Eropah dan turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Eropah lain seperti Barcelona ketika ini.
Namun, mungkin ramai peminat tidak mengetahui bahawa pemain berusia 19 tahun ini sebenarnya menceburi sukan tenis sebelum terjun ke arena bola sepak.
Daripada usia muda, de Ligt merupakan peminat setia Ajax namun dari usia seawal lima tahun, dia mula belajar memegang raket tenis sebelum beralih ke bola sepak.
De Ligt sebenarnya mempunyai bakat dalam tenis namun, minat terhadap sukan itu mula berubah apabila seorang rakan mengajaknya bermain bola sepak pada suatu hari.
De Ligt kemudian mula mendalami bola sepak sehingga terpilih mewakili kelab remaja FC Abcoude selepas penyesuaian selama setahun dengan sukan barunya itu.
Bersama FC Abcoude sejak berusia enam tahun, dia mula mempamer kemampuan sebagai seorang pertahanan tengah berbakat.
Potensi yang dipamerkan de Ligt membolehkan pencari bakat Ajax terpikat dengan kemampuannya.
Dalam beberapa pertandingan bawah umur, de Ligt adalah pemain muda terbaik generasinya dan dia kemudian menyertai skuad simpanan Ajax (Jong Ajax) ketika berusia sembilan tahun.
Selepas Davinson Sanchez berhijrah ke Tottenham Hotspur pada Ogos 2017, ia membuka ruang untuk de Ligt beraksi dalam skuad utama Ajax.
Kini, kelibat de Ligt dipantau pencari bakat daripada kelab-kelab gergasi Eropah dan dia dijangka berhijrah ke kelab baru untuk musim 2019/2020.
Selain aksi bersama Ajax, de Ligt kini sudah beraksi 15 kali dan meraih satu gol buat skuad The Oranje.