Legenda tinju dunia dari Filipina, Manny Pacquiao, disarankan agar segera bersara daripada arena tinju selepas kekalahan memalukan di tangan Jeff Horn dari Australia.
Terdahulu, Pacquiao yang pernah bersara dua tahun lalu namun mengubah keputusannya untuk kembali beraksi dan keputusan itu dianggap 'gila' oleh sesetengah peninju profesional lain.
Peninju berusia 38 tahun yang juga merupakan ahli politik itu telah beraksi dalam 67 pertarungan secara keseluruhan dengan 59 kemenangan.
Dia yang digelar The Pac Man turut menang 38 perlawanan dengan keputusan KO. Memulakan karier profesional pada 1995, Pacquiao telah bertarung dengan ramai peninju profesional antaranya Ricky Hatton, Oscar De La Hoya, dan juga Floyd Mayweather.
Media antarabangsa turut melaporkan bahawa legenda tinju Australia, Jeff Fenech, turut memberikan pandangan bahawa Pacquiao wajar berehat dan menikmati wang yang diperolehi. Fenech menganggap Pacquiao yang telah menjadi legenda tinju dunia seharusnya tidak kembali beraksi dan perlu menggantung sarung tangan secara kekal.
Kenyataan itu turut dipersetujui jurulatih Hall of Fame, Freddie Roach, yang berkata beliau akan memberikan nasihat kepada The Pac Man berdasarkan pengalamannya dalam bidang tinju. Namun beliau percaya segala keputusan sama ada mahu bersara atau tidak terletak di tangan Pacquiao sendiri
Penulis yang mengagumi Pacquiao turut berasakan sudah tiba masa buat beliau untuk bersara secara tetap. Tiada apa lagi yang perlu dibuktikan oleh Pacquiao buat masa sekarang. Seorang yang bertubuh kecil dari Asia ( Filipina), mampu menyaingi kehebatan peninju yang bertubuh lebih sasa selain dapat menyertai 'hall of fame', ianya adalah satu pencapaian yang harus dibanggakan.
Biarpun sukan tinju bukanlah sukan teras di tanah air kita, penulis mengharapkan suatu hari nanti, akan ada peninju dari Malaysia yang boleh atau mampu menyaingi pencapaian yang dicipta oleh legenda Pacquiao, dan secara tidak langsung mengangkat nama Malaysia dalam sukan tinju.