“Ronaldo sedang memimpin negaranya ke pusingan kalah mati, Messi pula akan mengetuai skuad negaranya ke lapangan terbang untuk pulang,” kata satu pesanan Twitter daripada MR DT selepas Argentina ditundukkan Croatia 3-0, awal pagi tadi.
Transfer News pula dalam tweetnya menyimpulkan: “Apabila Argentina sedang berhempas-pulas, Messi berlegar-legar di atas padang dengan kepalanya tertunduk.
“(Sebaliknya) apabila Portugal sedang berhempas-pulas, Ronaldo akan sentiasa memandang ke hadapan sambil mengerah rakan-rakan sepasukan untuk terus berjuang.”
Betapa komen-komen berkenaan amat bertepatan.
Selepas kedua-dua Argentina dan Portugal selesai mengharungi perlawanan kedua masing-masing dalam kempen di Russia ini, harus tiada silapnya perbandingan sedemikian, dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi terus menjadi tumpuan ramai.

Sambil Messi terus kebuntuan jaringan dan Argentina di ambang penyingkiran awal dengan hanya satu mata, Ronaldo dengan empat gol dan Portugal yang diketuainya selesa dengan empat mata untuk mengesahkan kemaraan, tiada perdebatan terhadap siapa yang mendahului ketika ini.
“Ronaldo sudah jauh meninggalkan Messi ketika ini,” kata satu tweet International Football pula. “Secara jujur, tidak langsung wujud sebarang persaingan di antara kedua-duanya.”
“Piala Dunia kali ini berkisar kepada siapa yang lebih hebat di antara Ronaldo dan Messi.
“Ronaldo menyumbat empat gol dalam dua perlawanan dan mengemudi Portugal ke pusingan seterusnya.
“Messi masih sifar jaringan, terlepas satu sepakan penalti dan gagal mengawal emosinya. Tiada sebarang keraguan siapa yang berprestasi lebih baik dalam perlawanan besar,” kata satu lagi ciapan.

Argentina kini perlu menewaskan Nigeria dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D pada awal pagi Rabu ini – itupun masih bergantung kepada keputusan perlawanan Iceland-Croatia pada hari dan waktu yang sama – untuk menaruh sebarang harapan untuk mara.
Menyusuli hatriknya ketika seri 3-3 dengan Sepanyol, 16 Jun lalu, Ronaldo menyumbat satu gol lagi dalam kemenangan 1-0 ke atas Maghribi kelmarin untuk meniti di landasan memburu anugerah kasut emas penjaring terbanyak dalam kempen kali ini – mengatasi jumlah tiga golnya dalam temasya Brazil 2014.
Sebagai perbandingan, Messi mengungguli persaingan di antara kedua-duanya di Brazil dengan jumlah empat gol sambil Argentina tampil selaku naib juara dengan kekalahan kepada Jerman dalam masa tambahan final.
Messi turut meraih anugerah bola emas pemain terbaik kejohanan ketika itu tapi Russia 2018 menghadirkan kejohanan yang sama-sekali berbeza, baik buat Ronaldo mahupun Portugal, apatah lagi kepada Messi dan Argentina.
Dalam laluan ke pusingan akhir di Russia ini, Messi melakukan 15 penampilan, menyumbat lima gol dan tiga bantuan jaringan buat Argentina.
Ronaldo pula membuat 13 penampilan, tiga gol dan dua bantuan jaringan.
Messi mungkin sedikit berkelebihan daripada segi sejarah tapi Ronaldo masih mempunyai peluang dan masa untuk mengimbangi kedudukan ketika perbandingan di antara kedua-duanya kelihatan semakin menghampiri penghujungnya.