Cristiano Ronaldo boleh dirumuskan telah memenangi pusingan pertama persaingan peribadinya dengan Lionel Messi dalam Piala Dunia Russia – dijulang selaku wira dengan hatriknya sambil pesaingnya itu berhempas-pulas berdepan Iceland.
Messi sedar dia harus memperagakan sesuatu yang istimewa untuk menyaingi bintang Portugal itu semalam, sebaliknya sekadar mengetap bibir dek kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti untuk pasukannya diikat 1-1.
Ketika detik-detik akhir perlawanan di Moscow itu, tonggak Barcelona itu bersiap sedia untuk mengambil satu sepakan percuma dengan harus terbayangkan kejaguhan Ronaldo dalam perlawanan dengan Sepanyol sehari sebelumnya.
Ronaldo kelihatan mengembungkan pipinya, menarik ke atas sedikit seluar pendeknya dan menyasarkan sepakan percumanya bagi melengkapkan hatriknya yang ke-51 dan menyelamatkan Portugal dengan keputusan seri 3-3.
.jpg)
Dalam situasi berlawanan, Messi, dengan kedudukan ketika itu terikat 1-1, menghalakan sepakan percumanya ke tembok pemain lawan, seterusnya menyepak bola lantunan itu ke udara tanda kecewa seiring dengan wisel penamat dibunyikan.
Ronaldo, yang turut menyempurnakan sepakan penaltinya Jumaat lalu, kini menyertai sekumpulan elit pemain yang membuat jaringan dalam empat Piala Dunia berturut-turut.
Sebelumnya, Messi, 30, sering mengatasi Ronaldo dalam perdebatan mengenai siapa pemain terbaik di dunia, dengan kedua-dua pemain itu berlumba untuk kekuasaan di pentas yang sama dalam LaLiga.
Tonggak Argentina itu adalah pencetus magis dalam kesebelasan Barcelona sambil Ronaldo telah mentransformasikan dirinya daripada seorang pemain sayap di Manchester United kepada penyudah paling berbisa di Real Madrid.
Firma analisis, Opta Sports, menonjolkan hakikat Messi melakukan 11 percubaan dibandingkan dengan empat di pihak Ronaldo dalam perlawanan pembukaan masing-masing di Russia tetapi lebih menyerlahkan keberkesanan penyerang Portugal itu.
Namun, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan ketika ini. Piala Dunia baru saja bermula dan Argentina – di sebalik diikat oleh Iceland dalam penampilan sulung negara kerdil itu di peringkat ini – berkemungkinan terus mara untuk menjulang trofi juara kesudahannya.
Tapi sambil Ronaldo menyerlah dalam jersi merah Portugal dan didewakan di negara asalnya, Messi kerap terbatas dalam jersi berbelang putih-biru skuad kebangsaannya.
.jpg)
Malah, ramai dalam kalangan pengkritiknya di Argentina yang menuduhnya sering gagal mengulangi kecemerlangannya bersama Barcelona ketika beraksi untuk skuad kebangsaan.
Ia bukan pun memeranjatkan jika Messi memilih untuk bersara selepas Piala Dunia ini, khususnya jika Argentina gagal memenuhi harapan ramai di negaranya.
Messi sendiri awal-awal lagi menyerahkan ketentuan masa depannya kepada sejauh mana kejayaan La Albiceleste dalam kempen kali ini.
Kejayaan, dalam takrif Messi, adalah dengan menjulang trofi kesudahannya, dengan sebarang keputusan lain adalah satu lagi kegagalan.