Ketika semua peminat-peminat bola sepak dunia memberi tumpuan pada pasaran perpindahaan pemain-pemain terbaik dunia pada jendela perpindahan yang akan di buka tidak lama lagi, namun dalam pada itu penulis lebih berminat dengan satu kenyataan yang di buat oleh lagenda bola sepak Iran yang pernah berkelana di Eropah bersama sebuah kelab terbaik di Budesliga, Bayern Munich iaitu Ali Daei.
Di mana Ali Daei secara jujurnya merasa gembira sekiranya Cristiano Ronaldo dapat memecahkan rekodnya sebagai penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa bersama pasukan negaranyn Iran iaitu sebanyak 109 gol dengan 149 penampilan.
Ini satu cabaran yang perlu di sahut sebagai satu perkara yang positif oleh Ronaldo kerana dengan sokongan diberikan Ali Daei itu pasti akan melonjakkan lagi semangat Ronaldo untuk terus memburu jaringan bagi pasukan negaranya Portugal. Setakat ini Ronaldo telah berjaya melakukan jaringan bersama pasukan Portugal sebanyak 102 gol dari 170 penampilan. Walaupun Ronaldo kini berusia 35 tahun tetapi dari segi prestasinya di atas padang menunjukkan Ronaldo masih lagi mempunyai kemampuan untuk terus beraksi bersama pasukan Portugal dan masih lagi mempunyai masa untuk meledakkan jaringan bersama juara Eropah itu.
Apa yang menarik sebenarnya dari dua-dua lagenda ini, bagaimana mereka boleh memberikan komitmen meraka yang konsisten untuk skuad negara mereka selain mengejar impian dan cita-cita mereka. Ini telah dibuktikan oleh kedua -duanya dengan jumlah penampilan mereka bersama skuad negara mereka sebagaimana yang telah dinyatakan. Tetapi yang lebih menariknya bagaimana sokongan yang diberikan Ali Daei itu walaupun dari dua negara yang berbeza dan zaman bermain yang tidak sama tetapi Ali Daei masih boleh memberikan dorongan dan kata-kata semangat kepada Ronaldo walaupun rekod jaringannya akan di ganggu-guggat oleh Ronaldo.
Inilah keistemewaan yang ada dalam bola sepak dimana semangat perpaduan dan kesukanan yang tinggi diterjemahkan. Budaya sihat ini perlu diikuti dan dicontohi oleh pencinta-pencinta bola sepak tanah air terutamanya kepada pengurusan dan pemain-pemain dalam negara kita dimana kita perlu memberi sokongan dan dorongan di antara satu sama lain demi kemajuan bola sepak Malaysia. Inilah mentaliti yang boleh membawa kejayaan kepada seseorang individu dan pasukannya serta dapat meningkatkan mutu dan kualiti bola sepak kita.