Sebelum ini, ada laporan akhbar yang menyatakan hanya Perang Dunia ke-III yang akan menggagalkan Liverpool dari meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2019/2020 dek keghairahan yang dipamerkan skuad bimbingan Jurgen Klopp.
Tanpa disangka, sebuah virus berbahaya dari keluarga Coronavirus, Covid-19 datang memulakan perang yang ditakuti semua pada Disember tahun lalu, dimana Liverpool terus berada di landasan yang tepat dengan aksi tanpa tewas di saingan liga ketika itu.
Kekalahan pertama Liverpool akhirnya direkodkan pada 1 Mac 2020 di kubu Watford - seakan memberi petanda bahawa kejuaraan Liverpool yang hanya perlukan 2 kemenangan lagi bakal menjadi rumit.
Liga Perdana Inggeris antara saingan utama dunia yang terpaksa akur dengan Covid-19 kerana turut menyerang beberapa pemain dan jurulatih - sekali gus menghentikan liga buat seketika.
Penangguhan sehingga 30 April, membekukan kedudukan Liverpool selaku pendahulu dengan kelebihan 25 mata berbanding juara bertahan yang mengisi tangga kedua liga, Manchester City.
Dengan kekacauan yang ditimbulkan Covid-19 yang kemudiannya diisyhtiharkan sebagai pandemik, saingan liga ditakuti tidak dapat disambung dalam masa terdekat - sekali gus menimbulkan percanggahan pandangan tentang bagaimana saingan musim ini perlu dimuktamatkan.
Bagi pasukan yang tidak memberikan aksi baik atau sekadar biasa-biasa sahaja, membatalkan liga adalah pilihan yang lebih mudah seperti menekan butang 'reset' dan boleh dilabel sebagai 'bonus' buat pasukan yang tampilkan persembahan buruk - Namun bagaimana pula dengan pasukan yang telah berhempas pulas memberikan yang terbaik hasil perancangan sejak 2, 3 musim lalu.
Liverpool tercatat sebagai satu-satunya kelab 'the big five' yang masih belum merasai kejuaraan Liga Perdana pada era baharu yang dimulai pada 1990 - jadi tidak hairanlah apabila pemain, jurulatih dan penyokong Liverpool di seluruh dunia sangat mendambakan gelaran juara EPL 2019/2020 ini - kesinambungan dari usaha yang hampir direalisasikan musim lalu tetapi gagal dengan hanya satu mata.
Maka secara matematiknya, perbezaan 25 mata adalah lebih daripada cukup untuk Liverpool layak menjulang trofi inggeris itu sekiranya baki saingan tidak boleh disambung lagi ekoran Covid-19 dan segala kata-kata nakal bahawa ia kemenangan yang menyedihkan walaupun perlu menanti selama 30 tahun adalah tidak masuk akal.
Kenyataan ini pernah disokong para pemain kelab lain, termasuk pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan - Ternyata Covid-19 bukanlah penghalang untuk Liverpool bergelar juara tetapi apa yang lebih penting dari sebuah trofi ketika ini adalah kesediaan mereka yang terbabit dalam saingan liga perdana untuk mengikut jejak langkah pasukan bola sepak gergasi dunia seperti Juventus, Borussia Dortmund dan Bayern Munich untuk memotong gaji demi membantu mengekang penularan Covid-19.