Skip to main content

Rencana

Corat Coret EPL Minggu Ini

lipool.jpg
Liverpool kembali ke puncak liga.

Man City terus beri tekanan kepada The Reds.

United hambat kedudukan empat teratas.

Chelsea menang nasib.


Itu antara intipati-intipati yang menjadi perbualan nitizen di media sosial untuk aksi saingan liga perdana inggeris minggu ini.

Liverpool bangkit meraih kemenangan selepas terikat satu sama di laman sendiri sewaktu berdepan Tottenham Hotspurs. Skuad bimbingan Jurgen Kloop amat memerlukan kemenangan selepas pasukan di tangga kedua, Manchester City menang 2- 0 ke atas Fulham.  Tiga mata yang diperolehi terus menghidupkan peluang mereka untuk meraih gelaran juara liga setelah sekian lama kejuaraan EPL tidak pulang ke Anfield.

The Citizens biarpun berada di tangga kedua dengan perbezaan dua mata dengan pendahulu liga, Liverpool, mereka dijangka akan kembali memimpin carta liga kerana City kekurangan satu perlawanan. Mereka bakal berdepan Cardiff City, dan diatas kertas tiga mata bukanlah misi sukar buat anak-anak buah Pep Guardiola. City masih lagi berpeluang merangkul empat gelaran musim ini (liga, piala fa, UCL) apabila masih bernyawa di ketiga-tiga pertandingan,  dengan Piala Perisai Komuniti telah dikecapi permulaan liga lalu.

The Red Devils terus menghimpit pasukan tiga teratas liga apabila menang 2-1 keatas Watford. OGS yang baru sahaja menandatangani kontrak tiga tahun berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan pertamanya selaku pengurus tetap. Namun disebalik kemenangan yang diraih, mereka berdepan kemelut apabila beberapa pemain seperti David De Gea dan Ander Herrera dilaporkan meminta kenaikan gaji andai mahu mereka kekal di Old Trafford.
Andai ada anugerah pasukan paling bertuah minggu ini, sudah tentu ianya menjadi milik Chelsea. Dua kekasaran didalam kotak penalti yang gagal dikesan pengadil, ketinggalan satu gol, gol penyamaan adalah gol ofsaid, Rudiger tidak dilayangkan kad merah atas kesalahan berat, dan berjaya meraih gol kemenangan hasil tandukan Loftus Cheek, tuah ternyata menyebelahi Maurizio Sarri, kerana jika tewas, mungkin posisinya bakal diganti pengendali baru.
 

Advertisement

Must Watch Video