Sebelum ini, semua peminat bola sepak Inggeris sering disajikan dengan kisah-kisah perang mulut di antara pengurus setiap pasukan di England.
Kira-kira 43 tahun lalu, kelibat Brian Clough dan Don Revie telah mewujudkan sebuah kisah klasik, semata-mata hanya disebabkan demi menjaga kemasyhuran nama Leeds United ketika itu dan juga seni bola sepak itu sendiri.
Tiga puluh tahun selepas itu, kita sering disajikan dengan aksi yang tiada kesudahan di antara Arsene Wenger dan Sir Alex Ferguson sebelum Jose Mourinho tiba di Stamford Bridge dan memulakan persengketaannya dengan Rafael Benitez (Liverpool) serta Wenger.
Kini, wujud satu lagi perseteruan baru.

Tatkala Mourinho dan Wenger dilihat sudah mula menurunkan gear, pengendali Chelsea, Antonio Conte, tampak cuba bermain api apabila mengeluarkan kenyataan seolah-olah memandang rendah terhadap kemampuan Tottenham Hotspur.
Conte dengan nada sinis memuji kemampuan pengendali Spurs, Mauricio Pochettino, membawa pasukannya menjadi pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lalu.
Dalam masa sama, dia menyifatkan Pochettino memiliki tugas yang mudah kerana tuntutan yang diterima daripada pihak pengurusan tidak begitu tinggi jika dibandingkan dengan kelab-kelab lain seperti dua kelab Manchester, Chelsea dan Arsenal.
Kenyataan pengendali dari Itali itu mengundang rasa kurang senang Pochettino dan dia bingkas membalas dengan menyuruh Conte agar belajar untuk menghormati Tottenham.
Sambil berjenaka, Pochettino sendiri sempat membalas, “Saya tidak faham mengapa ramai pengurus yang berminat untuk mengambil tahu tentang pasukan saya.”

Secara tidak langsung, permusuhan Conte dan Pochettino telah menyemarakkan lagi perseteruan dua pasukan ini, lebih-lebih lagi selepas Chelsea menjadi penghalang utama Spurs ketika cuba untuk menyaingi kejuaraan liga dua musim lalu di belakang juara, Leicester City.
Pada musim 2015/16, Chelsea berjaya mengikat Spurs 2-2 sekaligus memberi laluan kepada Leicester untuk mengesahkan kejuaraan liga lebih awal dan aksi itu diselitkan dengan pergaduhan yang tercetus di antara penyerang, Diego Costa, dan pemain Tottenham, Mousa Dembele.
Mungkin saingan 2017/18 bakal menyaksikan permusuhan baru dalam EPL.
Ia tidak melibatkan Wenger dan Mourinho, bukan juga Jurgen Klopp dan Pep Guardiola, tetapi kali ini mempertemukan warga Itali dan Argentina, Conte dan Pochettino.