Kedua-duanya terkenal keras kepala.
Apa akan terjadi apabila dua pengurus daripada “spesies” sama bertembung dalam musim baru Serie A?
Seorang sudah pernah mengecapi kejuaraan Scudetto bersama pasukan berbeza manakala seorang lagi – belum pernah – tapi disandarkan harapan untuk meneruskan tradisi kejuaraan.
Di antara Antonio Conte dan Maurizio Sarri, kedua-duanya terkenal tidak akan berkompromi dengan falsafah bola sepak masing-masing, cuma ia tidak boleh menjanjikan kedua-duanya kejayaan sekali gus.
Conte, yang kembali daripada percutian berbayar selama semusim selepas sebuah tribunal arbitrasi Liga Perdana Inggeris (EPL) memutuskan Chelsea membayarnya pampasan £9 juta (RM46j) gara-gara penamatan kontraknya dua musim panas lalu, diharapkan menjadi pencetus kebangkitan Inter Milan.
Menurut laporan Corriere dello Sport, pengurus baru Inter itu – menggantikan Luciano Spaletti yang dipecat akhir musim lalu – sudahpun memenangi hati pemain-pemain skuad Nerazzurri itu dengan mentaliti kemenangannya.
“Conte, dalam tempoh pra-musim ini, tidak pernah sekali pun meninggikan suaranya kerana tiada keperluan berbuat demikian.
“Dengan gaya kepimpinan dan karismanya, dia telah menawan bilik persalinan pasukan barunya dan semua orang menuruti kehendaknya dari hari pertama lagi.
“Apakah rahsia? Tidak syak lagi ia adalah mentaliti kemenangannya yang disenangi oleh semua pemain,” kata laporan itu lagi.
Sebagai kelebihan, Conte – yang sering dipersendakan Jose Mourinho dek gelagat bersemangatnya dari garis tepi padang ketika dua musim bersama Chelsea – membawa bersamanya mentaliti juara, termasuk tiga musim berturut-turut ketika mengemudi Juventus di samping musim pertamanya di Stamford Bridge.
Sarri – berlawanan dengan Conte kerana mengorbankan kelab barunya, Juventus, yang terpaksa membayar pampasan £5 juta (RM25.6j) gara-gara dia menamatkan kontraknya dengan Chelsea dua tahun lebih awal – harus lebih arif dengan tekanan hebat yang menantinya.
Meneruskan legasi pengurus terdahulu, Massimiliano Allegri, yang berpisah dengan The Old Lady di sebalik mengemudi mereka untuk kejuaraan Serie A bagi musim kelapan berturut-turut, penanda aras buatnya bukan sekadar mengekalkan Scudetto, malah dalam Liga Juara-Juara di mana Allegri ditakrifkan gagal.
Selain daripada tidak mahu berganjak daripada falsafah Sari-ball – yang menyebabkannya kerap dicemuh di Stamford Bridge – pengurus berusia 60 tahun itu tidak berlengah menunjukkan siapa bos.
Disifatkan keras kepala kerana pegangan kuat kepada taktik ciptaannya dan kecenderungan kepada pemain tertentu di sebalik keputusan perlawanan kerap tidak memihak Chelsea musim lalu, bekas pengurus Napoli itu sekadar menyerlahkan lagi hakikat dia tidak akan berubah.
Sekalipun tekanan mengurus sebuah pasukan yang sarat bintang-bintang dan jangkaan tinggi untuk memenangi kejuaraan UCL yang pertama sejak 1996, tidak mampu melembutkan hatinya.
Ahad lalu, keputusannya menarik keluar Cristiano Ronaldo tidak lama selepas penyerang itu menjaringkan satu gol dalam kekalahan 2-3 kepada Tottenham Hotspur dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Stadium Nasional Singapura, adalah cara Sarri menunjukkan kepada Juventus siapa sebenarnya bos.
“70 peratus daripada apa yang berlaku di atas padang, saya mahu melihat stail saya. 30 peratus lagi,saya mahu lihat apa yang pemain boleh buat,” katanya seperti dipetik The Straits Times.
Sarri dan Conte – kedua-duanya bos dengan cara mereka sendiri tapi hanya seorang yang akan lebih berjaya.