Perancang Belgium, Kevin De Bruyne, yang dijangka terpaksa berehat panjang, pelaburan Manchester City kini bakal menjadi ujian dan menyaksikan pemain manakah yan mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan.
Pemain kebangsaan Portugal, Bernado Silva, telah menampilkan aksi cemerlang buat Manchester City dan dilihat sudah bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar terutama ketika ketiadaan De Bruyne yang mengalami kecederaan lutut dan dijangka berehat selama tiga bulan.
Penjaga gol, Ederson dan De Bruyne merupakan antara pemain yang paling kerap diturunkan Pep Guardiola pada musim lalu ketika muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL), kelebihan The Citizens yang memiliki skuad yang besar menyaksikan Silva kurang beraksi dan tidak dapat menampilkan kepentingannya kepada pasukan.
Selepas mengharungi kemenangan 2-0 ke atas Chelsea (Perisai Komuniti) dan Arsenal (aksi pembukaan EPL), Guardiola kini boleh menarik nafas lega bagi mengharungi pembukaan musim tanpa kelibat perancang utamanya itu.
"Persembahan Bernando Silva adalah seperti satu karya yang hebat. Buat masa ini, semua pemain sedang berusaha untuk mendapatkan aksi terbaik kepada saya," kata Guardiola.
Ketika berdepan The Gunners, Silva telah berlari 12.68 kilometer sepanjang permainan. City amat memerlukan persembahan yang ditampilkan oleh bekas pemain Monaco ini untuk aksi-aksi akan datang. Tampil sebagai pemain tengah pada musim ini dan dijangka bergandingan bersama David Silva selepas pemain kebangsaan Sepanyol itu kembali dalam kesebelasan utama.
Persembahan pertahanan City ketika berdepan Arsenal dilihat sangat berkualiti -- Benjamin Mendy mempamerkan kualiti sebenarnya dengan membantu pasukan ketika melancarkan serangan sementara melakukan umpanan kepada Silva. Aymeric Laporte yang bergandingan bersama John Stones memastikan Pierre-Emerick Aubameyang buntu mencipta jaringan.
Guardiola memiliki kebolehan untuk mengubah gaya permainan seseorang pemain sayap untuk mencari keselesaan beraksi dalam posisi nombor 10, kegagalan untuk mendapatkan pemain tengah Napoli, Jorginho yang memilih untuk menyertai Chelsea dan Mahrez merupakan penambahan yang amat penting buat mereka -- bukan kerana kudrat Raheem Sterling atau Leroy Sane tidak mencukupi, tetapi ia membenarkan pilihan buat Guardiola untuk melatih pemain beraksi dalam pelbagai posisi.
Silva tanpa diragui berada dalam prestasi terbaik beraksi bersama City, sudah tiba masa buat dirinya memiliki peranan yang lebih besar bersama pasukan. Sudah tiba masa Bernardo Silva tampil beraksi dalam pentas utama.