Manchester City kembali ke persada Liga Perdana Inggeris setelah mencatat kemenangan ke atas Tottenham Hotspur dengan jaringan tunggal menerusi Riyad Mahrez.
Gol seawal minit keenam oleh Mahrez memberi kelebihan buat City memungut tiga mata penuh dan kini berkongsi 26 mata bersama Liverpool. Jaringan tunggal itu juga merupakan gol peribadi keempat buat Mahrez musim ini.
Bekas pemain Leicester City itu mendedikasikan jaringan tersebut kepada bekas majikannya yang juga dianggap sebagai bapanya sendiri iaitu mendiang Vichai Srivaddhanaprabha yang terbunuh dalam nahas helikoter di luar Stadium King Power selepas menyaksikan pertembungan Leicester City dan West Ham United.
Tottenham Hotspur bagaimanapun melepaskan beberapa peluang yang berkemungkinan dapat mengubah keputusan diperolehi. Jika Erik Lamela
Menggunakan sebaik mungkin hantaran Dele Alli, mungkin jaringan akan terhasil.
Namun penjaga gol Hugo Lloris tangkas meyelamatkan cubaan dua kali Sergio Aguero bagi menjauhkan jurang jaringan.
Bagaimanapun, bahang ketidakstabilan Spurs sudah bermula dari awal lagi apabila pengendalinya Mauricio Pochettino mengatakan perasaan beliau menjelang pertembungan ini adalah terburuk sepanjang 5 tahun bersama Spurs.
Ini berpunca dari beberapa perkara yang menganggu pemikiran beliau antaranya kelewatan buat pasukannya berpindah ke stadium baru, tiada kemasukan baru bagi musim panas dan juga permulaan Liga juara-juara yang mengecewakan dengan dua kekalahan dan satu seri iaitu keputusan 2-2 dengan PSV.