Pep Guardiola mendedahkan rahsia di sebalik kebangkitan semula Manchester City yang menyaksikan mereka mencatat 15 kemenangan berturut-turut.
Setelah mengalami nasib yang serupa dengan Manchester United baru-baru ini, di mana pasukannya sekadar mampu seri 1-1 dengan West Bromwich Albion pada bulan Disember, Guardiola mengadakan perbincangan penting dengan pasukan pengurusannya untuk melakukan rombakan pada pasukan.
“Saya berbincang dengan jurulatih-jurulatih saya dan kami memutuskan untuk kembali kepada prinsip utama pasukan kami.
“Kami perlu kembali kepada corak permainan asal kami, di mana kami menggerakkan bola dengan lebih pantas, lebih banyak menghantar bola, kekal dalam posisi, kurang menggelecek dan melakukan segala-galanya sebagai satu pasukan.
“Untuk hal-hal selebihnya, kami sandarkan kepada kualiti pemain kami,” demikian hujahnya.
City berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Tottenham semalam, tetapi Guardiola mendedahkan yang kekalahan mereka kepada pasukan yang sama November lalu merupakan kunci perubahan drastik mereka, di samping pengaruh daripada kapten pasukan, Fernandinho.

Selepas tewas kepada Tottenham, Fernandinho mengumpulkan kesemua pemain dan dia berkata: “Rakan-rakanku, kita berada dalam keadaan getir sekarang ini.
“Kita perlu mengharungi kesukaran ini, jangan berikan sebarang alasan tentang taktik, tentang pengurus, tentang kelab atau apa-apa sahaja. Kita perlu mengubah nasib kita.”
Dan sememangnya itulah apa yang dilakukan oleh City.
Ilkay Gundogan ditempatkan ke posisi yang lebih tinggi di atas padang dan ternyata perubahan itu menyaksikan dia menjaringkan gol demi gol sehingga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris bulan ini.

Pemain bek kanan, Joao Cancelo, turut mempamerkan peningkatan prestasi dan larian lincahnya seringkali menghuru-harakan pertahanan lawan.
Selain faktor-faktor ini, apa yang tidak boleh dinafikan adalah kaliber Guardiola sendiri dalam memberikan motivasi kepada pemainnya.
Dalam buku autobiografi Guardiola yang berjudul ‘Another Way of Winning’, bekas kapten Barcelona, Xavi, dipetik sebagai berkata: “Sebelum kami dijadualkan menentang Valencia dalam perlawanan timbal balik, Guardiola mengumpulkan kami semua dan dia memberikan satu ucapan penuh emosi tentang betapa bertuahnya kami kerana dapat menyarung jersi Barcelona.
“Sewaktu kami turun ke padang, kata-katanya terngiang-ngiang di dalam minda dan kami semua berfikir, ‘Ya Tuhanku, aku sedang bermain untuk Barcelona, betapa bertuahnya diriku,’ dan bukannya ‘Penat sungguh, satu lagi perlawanan yang memeritkan’.
Sejujurnya, dengan segala yang telah berlaku, ia akan menjadi satu keajaiban jika City gagal menjulang trofi juara liga musim ini.