Goh Jin Wei bukan robot.
Lee Chong Wei berpendapat BAM perlu meneliti semula program latihan rakan sepasukan dan senegerinya Jin Wei yang kerap mengalami kecederaaan buku lali.
Pernah melalui situasi yang sama, berasa tertekan dan bekerja terlalu keras sehingga tiada motivasi dan kemahuan untuk berjaya, Chong Wei yang kini melakukan persiapan terakhir bagi peluang menjulang kejuaraan dunia buat kali pertama pada bulan Ogos di Glasgow, Scotland tidak mahu Jin Wei ‘burnout’ dan Malaysia akan kehilangan pemain dari Bukit Mertajam ini.
Menurut pakar fizikal, ‘burnout’ ialah kepenatan secara eksesif dari segi mental, emosi dan fizikal seseorang atlet daripada latihan yang bervolum tinggi secara berterusan.
Antara gejala paling ketara adalah kecederaan, kepentatan, insomnia, dan prestasi menurun.
Baru-baru ini pemain muda 17 tahun Jin Wei terpaksa menarik diri di Kejohanan Remaja Asia yang mengakibatkan pasukan negara tewas kepada Indonesia 1-3 di separuh akhir acara berpasukan campuran dan Malaysia sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa.
Kecederaan lama Jin Wei kerap kali kembali sehingga membuat bekas pemain nombor 1 dunia, Chong Wei bimbang bahawa BAM mungkin memberi tekanan dan ekspektasi terlalu tinggi kepada Juara Dunia Remaja 2015 itu yang beraksi sebagai pemain nombor 1 perseorangan wanita negara dalam kategori remaja mahupun senior.
Chong Wei yang baru sahaja melancarkan akademi badmintonnya Lee Chong Wei Badminton Academy di Ipoh memberi pandangan bahawa Jin Wei tidak perlu dihantar untuk beraksi di kesemua kejohanan malah perlu mendedikasikan masa latihan dalam gelanggang untuk persiapan Sukan SEA yang bermula 19 Ogos ini lebih-lebih lagi sebagai tuan rumah.
Jin Wei yang mara ke final Terbuka Taiwan tahun ini mempamerkan keputusan cemerlang di Sukan SEA pertamanya 2 tahun lalu dengan merangkul pingat gangsa.
Berita baik untuk anak buah Tey Seu Bock dan Rony Agustinus bahawa dia boleh beraksi di Sukan SEA kali ini dengan rehabilitisasi selama seminggu setelah ujian imbasan MRI tidak menunjukkan kecederaan serius.
BAM lega peluang pemain negara memahat nama sebagai pemenang pingat emas Sukan SEA dalam perseorangan wanita selepas kali terakhir pada 2003 oleh Wong Mew Choo masih terbuka dan kini ditangan Goh Jin Wei.