Malaysia dan China kini berdepan situasi yang sama dalam saingan badminton, namun meniti perjalanan yang berbeza, masing-masing punyai legenda badminton yang kini sedang bertarung dengan faktor usia dan semakin tua.
Lin Dan kini berusia 36 tahun, berada di tangga ke 14 dunia, masih giat bertarung dengan barisan pemain yang jauh lebih muda dan laju darinya. Sembilan kejohanan yang sudah diharunginya setakat tahun ini, Lin Dan hanya mampu menjuarai satu sahaja, di Terbuka Malaysia April lalu.
Lin Dan kini bukan seperti Lin Dan yang dahulu, permainan yang licik, dan mampu untuk mengambil pelbagai pukulan lawan, dan membalasnya dengan cara yang kejam, sama ada hayunan yang cukup kencang ataupun pukulan kilas yang jatuh tepat di beberapa inci sahaja di depan jaring lawan.
Aura Lin Dan itu sudah semakin berkurangan, ini diakui segelintir perseorangan lelaki dunia ketika ini, yang merasakan mereka tidak gentar bertemu Lin Dan versi sekarang berbanding berjumpa dengan pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota.
Loh Kean Yew, Zhao Jun Peng, Hans-Kristian Vittinghus, Kanta Tsuneyama, adalah antara lawan di ranking lebih rendah yang pernah tumbangkan bekas jagoan olimpik itu untuk tahun ini.
Lanskap perseorangan lelaki China kini lebih tertumpu kepada pemain muda, Shi Yuqi, yang baru berusia 23 tahun. Di usia sebegitu, dia sudah mampu memimpin China untuk julang Piala Sudirman 2019, setelah sumbang mata kemenangan dengan mengajar Momota erti bermain badminton sebenar dengan keputusan 12-21, 21-5, 21-11. Sementara Chen Long, satu-satunya pemain yang tinggal dari skuad China 2009 yang menjulang Piala Sudirman di Guangzhou, hanya mampu tersengih bersama-sama untuk sekali lagi menjulang piala tersebut dengan hanya sempat beraksi satu perlawanan sahaja ketika menentang India di peringkat kumpulan. Begitulah China ketika ini, konsisten dan tidak langsung terkesan dengan prestasi Lin Dan.
Malaysia pula tidak begitu bernasib baik, pahit untuk ditelan, namun keadaan sebenarnya skuad kebangsaan masih terkapai-kapai untuk tampil konsisten di pentas antarabangsa selepas Datuk Lee Chong Wei ambil keputusan berehat seketika, bagi pemulihan daripada kanser hidung yang dihidapinya tahun lalu.
Lee Zii Jia, prospek terbaik dimiliki Malaysia ketika ini dalam acara perseorangan galas tanggungjawab yang cukup berat. Ironinya Zii Jia hanya dibezakan dua tahun muda sahaja dari Shi Yuqi.
Mujur masih ada penyedap hati apabila skuad beregu lelaki dan campuran kebangsaan mampu jadi harapan terakhir rakyat Malaysia dengan prestasi mereka di dalam gelanggang. Untuk memenangi hati rakyat Malaysia ini mudah, kalah tidak mengapa jika sudah berikan yang terbaik, seperti ditampilkan Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin ketika berentap dengan Keigo Sonoda / Takeshi Kamura ketika aksi suku akhir Piala Sudirman tempoh hari.
Setakat ini masih tiada perkhabaran bila Chong Wei akan kembali semula ke pentas kompetitif, dan hidupkan semula harapan emas pertama Olimpik untuk Malaysia.
China mungkin boleh tarik nafas lega apabila sudah temui barisan pemain terbaik untuk mencabar Jepun di Tokyo 2020, manakala Malaysia masih mencongak siapa taruhan terbaik yang kita ada, semoga badminton Malaysia akan temui sinarnya!