Skip to main content

Rencana

Chelsea, Antonio Conte dan Jose Mourinho

14517conte.jpg
Mengisi masa senggang ketika bertugas, seringkali ruangan sukan di dada akhbar menjadi peneman, sempat saya di sapa penolong penerbit Nadi Arena...

"Kejayaan Antonio Conte bawa Chelsea menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini adalah petanda The Blues sudah dapat lari daripada bayang-bayang Jose Mourinho."

Jurulatih dari Portugal yang pernah membuat pusingan U pada 2013 ini sememangnya sinonim dengan Chelsea sebelum ini, pastinya dengan deretan kejayaan yang dilakar bersama. 3 gelaran di saingan Liga Perdana Inggeris, 3 Piala Liga, Piala FA dan perisai komuniti, rekod yang masih belum dapat diatasi mana-mana jurulatih yang silih berganti, walaupun selepas Mourinho dipecat dari Stamford Bridge pada 2015.

"Tapi Antonio Conte berjaya membuktikan dia memiliki kualiti yang diperlukan Chelsea dengan bawa pasukan muncul juara pada musim pertama."

Saya fikir tidak keterlaluan jika kami memuji jalinan kimia yang cepat terhasil di antara Conte dan The Blues. Semua sedia maklum bahawa kini pengendali dari Itali ini merupakan jurulatih keempat yang berjaya menjulang kejuaraan pada musim pertama di Liga Perdana Inggeris, kejayaan sama yang pernah dilakar Mourinho bersama Chelsea pada 2004.

"Ketika itu, Mourinho mencuri tumpuan apabila membawa Chelsea memecah dominasi Manchester United dibawah bimbingan Sir Alex Ferguson yang cukup disegani"

Mourinho yang kali pertama bertukar angin ke saingan bola sepak Inggeris sedar tugasnya tidak mudah sebaik bersetuju berpindah ke Stamford Bridge tetapi dia buktikan dengan mengembalikan trofi yang sudah 50 tahun tidak dijulang.

Kini pada musim 2016/2017 Conte nampaknya menemui sentuhan sama, mengubah nasib Chelsea menjadi yang terbaik tatkala saingan liga masih berbaki. Cuma Mourinho tidak dapat memainkan peranan yang di bawa Tottenham Hotspur selaku pencabar Chelsea musim ini.

Mungkinkah Conte jurulatih yang lebih baik?

 

Advertisement

Must Watch Video