Skip to main content

Rencana

Cantik di luar, lawa dalam gelanggang

farah-ann-abdul-hadi.jpg
Bersukan secara kompetitif memerlukan masa dan dedikasi yang tinggi.

Bagi seorang atlet lelaki, ia perkara biasa dan dibanggakan jika mempunyai badan yang 'sado' dan kerjaya dalam sukan.

Bagaimanapun, bagi seorang wanita yang menjadi atlet, ada sahaja cakap-cakap dan persepsi yang sering menyifatkan atlet wanita itu pasti ala-ala 'tomboy' ataupun badan berotot.

Namun, terbukti bukan semuanya benar. 

Terdapat beberapa atlet wanita negara yang berjaya mengubahkan persepsi itu sedikit demi sedikit, melalui kejayaan dalam bidang sukan masing-masing dan kecantikan di luar gelanggang, hingga mempunyai ramai pengikut di media sosial seperti Instagram.

Seperti ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi, yang meraih empat pingat emas bagi temasya dwitahunan Sukan SEA dan mempunyai seramai 256 ribu pengikut di Instagram.

Selain itu, Nur Izwani Azman, yang mempunyai sebanyak 176 ribu pengikut di media sosial, merupakan penjaga gol futsal negara yang berjaya menyumbang pingat emas ketika Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Terdapat juga atlet menembak negara, iaitu Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, yang mengakhiri kemarau pingat emas selama 8 tahun bagi sukan menembak dalam temasya dwitahunan Sukan SEA di Singapura 4 tahun lalu.

Secara tidak sengaja, atlet-atlet wanita ini dan ramai lagi telah menjadi satu ikon ataupun inspirasi bagi anak-anak muda di Malaysia bahawa walaupun bersukan lasak, mereka masih boleh mempunyai paras rupa yang cantik.

Advertisement

Must Watch Video