Skip to main content

Rencana

Butang panik menjerit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

3clasico2810.jpg
Perkara ini tidak seharusnya terjadi pada pasukan kami! Itu adalah antara ungkapan yang dilontarkan oleh penyokong pasukan  Real Madrid apabila menyaksikan pasukan mereka teruk diratah oleh seteru utama Barcelona dalam perlawanan klasik El Classico. Barcelona tidak mempersia –siakan peluang bermain di stadium keramat Nou Camp apabila membelasah teruk Real dengan jaringan besar 5-1. 

Luis Suarez menjadi duri dalam daging Real apabila meledak hatrik menerusi sepakan penalti pada minit ke-30 dan menambah dua lagi jaringan di babak kedua di minit ke-75 dan ke-85. Barcelona memperolehi gol awal menerusi Philippe Coutinho di minit ke-11 dan menamatkan kemenangan bergaya mereka dengan gol terakhir yang dijaringkan oleh Arturo Vidal pada minit ke-87. Manakala Real hanya mampu menghasilkan satu gol menerusi Marcelo pada minit ke-50.

Walaupun pertemuan kali ini tidak melibatkan dua bintang dunia Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, namun ia masih menjadi tumpuan dan dinantikan oleh peminat-peminat di seluruh dunia.
Messi tidak dapat diturunkan akibat kecederaan manakala Ronaldo telah berhijrah ke Itali bersama Juventus.

Kemenangan ini membolehkan Bercelona kekal di persada liga dengan 21 mata hanya dibezakan satu mata di hadapan Deportivo Alaves.

Dengan kekalahan yang amat memalukan ,pengendali Real, Julen Lopetegui bakal disingkirkan dan nama yang disebut-sebut mengambil alih tempat beliau adalah Antonio Conte dan bekas pengendali pasukan remaja Real Madrid Santiago Solari.

Advertisement

Must Watch Video