Juara bertahan , Jerman, pasti sedang berasa tekanan yang memuncak menjelang sepak mula Piala Dunia Russia 2018. Masakan tidak, Die Mannschaft bimbingan Joachim Low pasti berdepan cabaran sukar untuk mempertahankan gelaran yang dijulang di Brazil pada 2014.
Benar kata-kata orang dahulu bahawa mempertahankan sesuatu adalah lebih sukar berbanding semasa cuba mendapatkan sesuatu. Hal ini disedari Joachim Low dan ketua pasukan, Manuel Neuer, yang berharap mereka mampu mengulangi pencapaian empat tahun lalu.
Jerman masih menerapkan falsafah bola sepak yang sama, namun beberapa nama besar terpaksa disingkirkan daripada skuad bagi memberi laluan kepada muka baru yang berada dalam prestasi terbaik.
Paling mencuri tumpuan apabila tercicirnya nama Mario Gotze, penjaring gol kemenangan pada final Piala Dunia 2014 kerana ketidaktentuan prestasi bersama pasukan kelab.
Di barisan pertahanan, seperti biasa Manuel Neuer mengetuai benteng terakhir bersama Kevin Trapp dan Ter Stegen. Benteng pertahanan pula dikepalai Jerome Boateng yang baru pulih dari kecederaan, Mats Hummels, Antonio Rudiger dan beberapa bintang muda seperti Joshua Kimmich dan Jonas Hector.
Tidak banyak perubahan dibarisan tengah apabila muka lama seperti Toni Kross, Sami Khedira dan Mesut Ozil masih tersenarai biarpun pemain tengah Liverpool yang berada di puncak prestasi, Emre Can, tidak terpilih. Ikay Gundogan yang kurang bermain di peringkat kelab juga tersenarai untuk skuad kali ini.
Jentera serangan masih mempertaruhkan Thomas Muller, Marco Reus, Sebastian Rudy dan orang lama, Mario Gomez, untuk merobek gawang lawan.
Penulis percaya tidak banyak bezanya dari segi kekuatan skuad Jerman kali ini berbanding skuad pada 2014 biarpun tanpa kehadiran penjaring terbanyak Piala Dunia, Miroslav Klose.
Kali ini, Jerman berada dalam kumpulan F bersama Sweden, Mexico dan Korea Selatan. Mungkin skuad kali ini lebih bertenaga dengan kehadiran tenaga-tenaga muda, namun skuad ini masih menjadi pilihan utama untuk mempertahankan gelaran juara.