Demi menjaga kesihatan para atlit dan pegawai yang berkenaan, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe membuat keputusan dalam memberikan persetujuan kepada Presiden IOC, Thomas Bach yang akhirnya memuktamadkan penganjuran temasya yang dikekalkan dengan penjenamaan Tokyo 2020 ini ke musim panas 2021.
Ini disebabkan tekanan oleh pelbagai pihak, penarikan diri Kanada dan Australia dari menyertai temasya menyaksikan IOC mula berlembut dalam pendirian untuk kekalkan tarikh Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Julai dan Ogos ini.
Keputusan untuk menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan Jepun yang sudah bersedia sejak lebih 5 tahun lalu dengan fasiliti baharu yang dibangunkan khas.
Bagaimanapun mujurlah ia diberhentikan dan dipersetujui ramai atas sebab yang lebih berperikemanusiaan berbanding temasya Olimpik yang diberhentikan akibat perang dunia kedua.
Selama ini kita lihat orang menyatakan “Sukan menyatukan negara” ataupun “Bola sepak sukan untuk semua” kini kita boleh lihat demi menjaga kesihatan atlit dan pihak yang berkenaan disebabkan pandemic Covid-19, kita menyaksikan satu dunia tidak mengira negara mahupun kaum boleh setuju untuk tangguhkan Sukan Olimpik 2020 ke 2021.
Penulis harap obor Olimpik itu akan menjadi cahaya bagi seluruh peminat sukan di dunia ini apabila pandemic Covid-19 ini berakhir.