Bintang muda dari Portugal, Bruno Fernandes yang menyertai United pada Januari lalu terus menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi apabila menggesa pemain-pemain di United bersedia untuk meraih kemenangan andai saingan liga kembali bersambung tidak lama lagi.
Dengan hampir pasti tiada pemain bintang ataupun pemain baru yang akan menyertai United akibat krisis kewangan kesan dari penularan covid -19 berdasarkan kenyataan pengerusi kelab, Ed Woodward bulan lalu, Bruno menegaskan setiap pemain yang menyarung jersi United haruslah mempunyai semangat juang yang tinggi biarpun mengakui United memerlukan masa untuk kembali ke puncak prestasi seperti di zaman kendalian Sir Alex Ferguson.
Saingan liga di England kini didominasi pasukan Liverpool dan Manchester City dimana untuk mencapai tahap seperti dua pasukan itu, United memerlukan beberapa pemain baru yang berkualiti selain faktor masa kerana membina satu pasukan kuat akan mengambil masa.
Kem United dijangka akan kembali menjalani latihan semula bersama-sama dalam masa terdekat ini selepas trend penularan covid-19 dilihat semakin menurun di United Kingdom.
Terbaru, pemain yang berusia 25 tahun itu dilihat kekal fokus biarpun terpalit kontroversi berkaitan hak keuntungan di antara dua kelab lamanya, Sampdoria dan Sporting Lisbon.
Perkara itu didedahkan oleh FIFA yang mengesahkan telah menerima aduan dari kelab Sampdoria yang menuntut hak 10% klausa jualan andai Sporting Lisbon meraih keuntungan dalam penjualan pemain itu. Perkara ini masih dalam siasatan pihak FIFA dan kelab dari Portugal, Sporting LIsbon turut mengesahkan bahawa kontrak tersebut sebenarnya telah lama terbatal, selepas Bruno menandatangani perjanjian baru pada 2018.
Andai dua atau tiga musim mendatang menyaksikan Bruno beraksi dengan cemerlang bersama United, ada kemungkinan besar khidmatnya akan ditagih oleh pasukan yang lebih besar seperti Real Madrid. Bukan sesuatu yang baru apabila ada pemain yang menyerlah di United, mereka akan mendapat tawaran dari kelab yang lebih besar. Lihat sahaja kepada Ruud Van Nistelrooy, Cristiano Ronaldo, David Beckham, Javier Hernandez dan terbaru,Paul Pogba pula berada dalam senarai yang diinginkan pengendali Los Blancos, Zinedine Zidane biarpun bintang Perancis itu sudah lama tidak beraksi akibat kecederaan.