Meminjam kata-kata Lionel Messi, Copa America 2019 ini dianjurkan Brazil hasil kesepakatan dengan Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) untuk tuan rumah itu ditabalkan juara akhirnya.
Di atas kertas, mungkin tiada apa yang dapat menghalang skuad Selecao itu menundukkan Peru dalam final di Stadium Maracana awal pagi esok (4.00 pagi waktu Malaysia) – kejayaan terakhir mereka adalah dalam Copa America 2007 yang dianjurkan Venezuela.
Namun, terlaksanakah sepenuhnya apa yang dihasratkan Tite bersama barisannya tanpa Neymar kali ini – yang diejek penyokong sendiri dalam laluan ke final -- untuk tidak hanya tampil juara tapi meraih penghormatan semula?
Pekikan “konspirasi” dan disusuli “korupsi” daripada kapten Argentina itu – yang dibuang padang ketika skuad Albiceleste itu mengesahkan tempat ketiga awal pagi tadi – bakal membuat sebarang kejayaan Brazil esok dirasakan lompong dan kosong.
Barangkali ia akan lebih adil jika Peru mampu membuat kejutan dijulang juara tapi sekali lagi meminjam kata-kata Messi, itu tidak berkemungkinan terjadi.
“Brazil juara? Tiada sebarang keraguan mengenai itu,” katanya seperti dipetik Associated Press (AP) awal pagi tadi.
“Adalah menyedihkan, saya fikir ia (kejohanan kali ini) diatur untuk Brazil. Harap-harap pengadil dan VAR tidak punya kaitan dengannya dan Peru akan mampu bersaing kerana mereka memiliki pasukan untuk melakukannya.
“Tapi saya melihatnya sebagai sukar.”
Messi enggan menunjukkan rasa hormat kepada tuan rumah itu apabila tidak menyertai rakan sepasukan dalam upacara penyampaian pingat pemenang ketiga awal pagi tadi – tindakan yang dikatakannya sebagai membantah tahap pengadilan dan korupsi di pihak penganjur.
“Saya tidak ikut ke podium kerana kita tidak harus menjadi sebahagian korupsi dan kurangnya rasa hormat (terhadap kejohanan kali ini),” jelasnya.

Dia dilayangkan kad merah bersama pemain tengah Chile, Gary Medel, selepas hanya 37 minit permainan apabila terbabit dalam satu insiden tolak-menolak – hanya kad merah kedua sepanjang kariernya selepas yang pertama 14 tahun lalu ketika tampil dalam perlawanan sulung untuk Argentina menentang Hungary pada 2005.
Kasihan Messi.
Selepas kekalahan Argentina dalam dua final Copa America berturut-turut sebelum ini, kempen kali ini berakhir dengan penyingkiran dalam separuh akhir kepada Brazil gara-gara apa yang disifatkannya konspirasi pengadil dan penganjur.
Sekadar menambah kesengsaraan, kad merah awal pagi tadi mencemarkan biodatanya.

“Jelas sekali ada kurang rasa hormat kepada kami dalam Copa ini. Mereka tidak mahu membenarkan kami ke final.
“Korupsi dan pengadil telah menafikan penonton daripada menikmati bola sepak. Semua ini merosakkan permainan ini,” tambahnya.
CONMEBOL dalam reaksi segeranya, menafikan segala dakwaan Messi itu tapi pada ketika Brazil mungkin menjulang trofi awal pagi esok, mereka tidak mungkin memenangi hati ramai.
Jumpa lagi di Argentina-Colombia untuk Copa America 2020 dan ketika itu ceritanya mungkin diterbalikkan.