Skip to main content

Rencana

Bowling meletup!

beregu-boling-lelaki.jpg
39 tahun menunggu akhirnya bowling menghadiahkan bukan satu tetapi dua juara dunia kategori lelaki. 

Rafiq Ismail, 21 tahun terlebih dahulu cipta sejarah dalam acara perseorangan lelaki muncul juara dunia dalam Kejohanan Bowling Lelaki Dunia, Hong Kong dan sehari selepas itu, gandingan beregu, Adrian Ang-Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam, mendominasi pasangan Amerika Syarikat lalu merangkul kejuaraan dunia. 

Dua kejuaraan dunia ini menutup kekecewaan peminat sukan Malaysia minggu lalu apabila pasukan Harimau Malaya seri 0-0 lawan Thailand dalam separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2018 dan kekalahan 0-7 pasukan hoki negara kepada Belanda dalam aksi Kumpulan D, Piala Dunia. 

Dalam diam-diam, bowling pula meletup. 

Pasukan bowling lelaki kadang-kala dalam bayangan pasukan wanitanya yang terkenal dengan prestasi cemerlang, antaranya Shalin Zulkifli, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Sin Li Jane yang pernah menjulang kejuaraan dunia, menunjuk belang mereka kali ini. 

Menurut Shalin, pemenang 20 pingat emas Sukan SEA, dia berpandangan dedikasi rakan sepasukannya serta ketidakstabilan kewangan persatuan dan seluruh sukan Malaysia antara faktor Rafiq, Adrian dan Tun Ameerul ingin membuktikan sesuatu di pentas dunia buat Malaysia. 

Bagi otai bowling negara, Adrian, yang berpasangan dengan pemain muda, Tun Ameerul, yang baru dinaikkan ke pasukan senior pada April lalu, komunikasi baik di antara mereka membolehkan kejuaraan ini. 

Juga acap kali mereka mengingatkan sesama sendiri bahawa lakukan terbaik untuk keluarga tersayang dan Malaysia. 

Dua juara dunia bowling untuk anda Malaysia! 

Advertisement

Must Watch Video